Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 GENERASI Y: PEMIMPIN BARU

 

Bilakah generasi Y bermula? Ini merupakan persoalan yang sukar untuk dijawab kerana teori generasi diperkenalkan di Barat berasaskan latar belakang dan senario yang berbeza.

  Jika kita tinjau beberapa laman web, kita akan mendapati pelbagai pendapat diberikan. Ada yang mengatakan ia bermula pada tahun 1978, ada yang mengatakan pada pertengahan dan ia boleh jadi juga bermula akhir tahun 1980an. Berdasarkan FDU Magazine Online, tarikh bermula  Generasi Y dan generasi sebelumnya adalah seperti di bawah:

  Di dalam sebuah artikel, “Understanding Generation Y”, ada dinyatakan jika anda baru tamat sekolah pada tahun milennium baru, anda tergolong dalam Generasi Y. Tapi itu merujuk kepada trend generasi di Amerika Syarikat atau di Barat. Secara umumnya, garis panduan bagi kumpulan generasi milenial yang berada di negara seperti di bawah diberikan sebagai berikut:

USA: Lahir antara tahun 1984 and 2001…

Eropah/UK: Lahir antara tahun 1985 and 2001…

Jepun: Lahir antara tahun 1986 and 2001…

Afrika Selatan: Lahir antara tahun 1990 and 2001…

  Jadi, seperti yang pernah saya tulis dalam laman berkaitan Generasi X sebelum ini, akhir tahun 1980an mungkin merupakan bermulanya kumpulan generasi Y di Malaysia. Dengan meletakkan tarikh itu, tidakpun bermakna kita kelewatan. Bahkan Dr. Graeme Codrington, menyatakan di dalam tulisannya bahawa Generation Y  atau Millennial Generation bermula pada tahun 1990an – 2000an.

   Mengikut keterangan Dr. Graeme Codrington, generasi ini didefinisikan sebagai generasi yang membesar selepas perang dingin dan dalam era baru globlisasi, teknologi komunikasi dan perhubungan tanpa wayar. Mereka lahir dalam senario kepelbagaian yang tidak wujud sebelumnya dan terdedah kepada kebudayaan lain serta serba baru.

   Mereka dikatakan membesar dengan pantas, malah setengahnya berpendapat terlalu cepat. Generasi ini maju ke hadapan dengan teramat yakin. Mereka membesar dengan membantu ibu bapa mereka melayari teknologi baru, di mana mereka percaya ibu bapa mereka amat memerlukan bantuan mereka.

   Antara nilai yang sinonim dengan mereka ialah: sangat optimis mengenai masa depan, berkeyakinan, mempunyai harga diri yang tinggi, environment dipenuhi dengan hiburan dan bermacam bentuk media, bijak meneroka, cenderung kepada membina hubungan di antara satu sama lain (networkers), interaktif serta inginkan sesuatu secara pantas, masih konservatif tetapi penuh kepelbagaian, cerdik dan memiliki tanggungjawab sivik, beretika dan berpencapaian tinggi.

   Nilai-nilai ini harus diketahui, difahami dan dipupuk dengan baik. Ciri-ciri keagamaan yang runtuh di Barat harus dikekalkan di dalam diri anak-anak kita agar diri mereka kekal dengan ketimuran dan keislaman. Dengan cara itu kita akan mendapat suatu generasi baru yang lebih baik daripada sekadar ikut-ikutan dalam arus budaya generasi di Barat.

   Meskipun cabaran globalisasi dan internet merupakan halangan yang besar, mereka harus dididik supaya seimbang dari segi keperluan rohani, intelek, jiwa, sosial dan jasmaninya.Jika tidak, keinginan mereka untuk bebas bersuara dan membuat pilihan boleh menjadikan generasi ini sukar dikawal arah tujunya.

   Generasi baru ini sudahpun masuk ke pasaran kerja. Kita tidak harus ragu-ragu, malahan patut menerima kehadirannya dengan positif.

   Memang tidak dinafikan mereka lebih berani mengambil risiko, lebih bersedia menghadapi perubahan, bahkan lebih cekap dalam mengguna teknologi baru terutama komputer (techn-savvy).

  Kita tidak harus cemburu. Bahkan ini jelas sekali suatu perkara yang amat baik, kerana ia membawa kepada ciri-ciri keusahawanan (entrepreneurship) yang terbentuk di dalam diri mereka.

  WaLlahhu a'lam.

[12.05 pg, 28 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up