|
Banyaknya produk minda di pasaran hari ini memang
tidak dapat dinafikan. Produk itu pula pelbagai bentuk dan sifatnya. Ada
yang jenis makanan, air dan juga bahan-bahan yang didoakan. Ada kismis minda,
coklat minda, gula-gula minda, susu minda dan sebagainya.
Meskipun demikian, jika masyarakat kita boleh mengimbas kembali akan
siapakah orang yang mula-mula sekali mempromosi produk minda, khususnya di Malaysia, pasti kita akan temui tokoh Allahyarham Prof. Dr. Azizan Ismail,
pengasas Era Edar.
Beliaulah yang orang yang mengejutkan industri ini dengan memperkenalkan
Examo-CKM pada pertengahan tahun 1980an.
 |
Allahyarham
Dr. Azizan yang mempopularkan Examo.
Mohamed Hatta HMD,
konsultan HBI Health & Homoeopathy Centre kini. |
 |
Hal ini boleh berlaku justeru hanya dalam perubatan homeopati
terdapat penawar yang secara khusus merujuk kepada keupayaan mempengaruhi minda.
Malahan sejak konsultan kami, Mohamed Hatta HMD, belajar homeopati
daripada Dr. Teew Lian Eng pada tahun 1991, iaitu ketika beliau diajar mengenai
penawar-penawar biokimia, beliau diperkenalkan dengan Kali phos sebagai 'brain
tonic".
Apabila remedi homeopati hendak diadun, menjadi suatu kemestian
pula penawar Kali phosphorica itu dicampurkan dengan beberapa penawar lain yang
mengandungi fosfat, terutama Magnesium phosphorica dan Calcarea phosphorica.
Campuran ini dibuat atau dirumus supaya ruang lingkup kerja ubat
terhadap minda
yang hendak diberi kesan itu meliputi simptom yang lebih luas. Tetapi ianya tidak wajar diadun
dengan terlalu banyak penawar kerana ia boleh memberi kesan yang tidak
dikehendaki.
Demikianlah yang berlaku apabila semua fosfat biokimia dirumus
sebagai penawar saraf sepertimana yang dipopularkan sebagai ubat Hi-Q yang
dikilangkan di Kota Bharu. Harus diingat bahawa ketika itu konsultan kami pernah
menjadi penasihat kepada syarikat berkenaan.
Usaha mencampur kelima garam tisu biokimia itu mungkin baik dari segi ruang lingkup kerja ubat.
Tetapi
semua ikhtiar itu umpama menembak dengan peluru tabur tanpa tujuan memberi impak khusus.
Justeru apabila Active IQ dirumuskan bagi mengaktifkan minda,
hanya tiga penawar fosfat diutamakan dengan target yang teramat khusus. Ia
bukan sekadar garam mineral biasa seperti produk pemakanan yang dipromosikan,
sebaliknya ia ada spesifikasi kerja tertentu.
Umpamanya, Kalium phosphorica memain peranan utama apabila seseorang itu
memerlukan tenaga saraf, atau mempunyai masalah neurastenia dan kemurungan mental serta fizikal.
Apabila seseorang merasakan teramat berat bila cuba melakukan kerja-kerja
kecil dan ringan, ia adalah petanda orang itu memerlukan Kali phos.
Dari sudut mentalnya, Kali phos baik untuk orang yang
mudah lupa, malu, tidak cenderung untuk bercakap, bimbang dan tidak mau
bertemu orang lain. Ia juga memberi kesan terhadap jenis pelajar yang tidak
suka menjawab soalan bila ditanya, mudah takut, bersikap tidak acuh, memori
lemah dan kerap buat silap, serta prestasi minda cepat merosot.
Kali phos memang mempunyai kesan yang luas terhadap
simptom-simptom individu baik mental, emosi ataupun fizikal. Yang diberikan
di sini hanyalah petikan dari simptom-simptom minda utama (mengikut J.T.Kent)
dan berciri Five Stars sahaja.
Kaedah adunan Kali phos dengan Magnesium phos dan
Calcarea phos keluaran HBI dibuat mengikut kaedah asal M Solaris, dan ianya agak
berbeza dengan kaedah sebagaimana yang diproses dikilang. Maka itu kami
namakan dia Active IQ.
Active IQ tidak pernah sekali-kali dipromosikan sebagai ubat bijak,
cerdik atau ubat pintar. Sebaliknya ia bertujuan untuk mengaktifkan minda
yang kurang aktif. Dan kaedah pengiklanan kami masih jujur meskipun sudah 10
tahun usianya di pasaran.
Bahkan hari ini, seorang sahabat yang bekerja di sebuah syarikat
Takaful, Klang datang menemui konsultan kami bagi mendapatkan 6 botol
penawar Active IQ. Apabila ditanya kesannya, beliau memberi respons berikut:
"Ia berkesan untuk anak saya. Anak saya menjadi lebih aktif (agresif
- istilah beliau), dan cepat pick-up sejak dia mengambil Active IQ."
WaLlahhu a'lam.
[6.40
ptg,14 Feb 2012]
- Admin drhatta.com.
|