Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 HARUSSANI: JANGAN PERSOAL KELEBIHAN NIK AZIZ

Ketakutan penyokong UMNO sudah begitu melampau sehingga isu Dato' Tuan guru Nik Aziz Nik Mat ingin masuk bertanding dalam PRU 13 menjadi bahan berita dalam akhbar arus perdana Utusan Malaysia.

Ia sengaja dimainkan dengan cara demikian supaya Tuan Guru bersara daripada arena politik. Demikian antara pandangan seorang sahabat dari Selangor. Katanya,

"UMNO sudah lama fobia dengan Tuan Guru. Mereka sedar jika Tuan Guru masuk, peluang mereka untuk menang amat tipis sekali."

Begitulah impak besar dan hebat seorang ulama dalam PAS ke atas Negeri Cik Siti Wan Kembang itu. 

  Justeru, tepatlah seperti dilaporkan bahawa Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, malah beliau menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

  Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno.

  Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

  Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara.

  “Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

  “Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

  Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak harus mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13.

  “Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.

   

   WaLlahhu a'lam.

[8.00 pg,13 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up