|
Resdung adalah antara penyakit yang lumrah kita
dengar dalam masyarakat kita. Pakar perubatan selalu menyebutnya sebagai
sinusitis. Maknanya ialah radang sinus.
Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung
melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Ia terletak pada bahagian muka -
pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan
turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori
mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan
peranan dalam dengungan suara.
Mengikut perubatan moden, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh
jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil
sinus. Bahkan para doktor selalu melihat bakterialah selalunya sebagai punca
dan menyebabkan mereka gemar memberikan rawatan antibiotik.
Bagi seseorang yang kerap bersin dan batuk-batuk. Kadang-kadang rasa
tidak sedap badan atau keletihan, hidung pula rasa berair dan tersumbat. Itu
mungkin petanda beliau menghidap resdung. Adakalanya, seseorang itu merasa
perit tekak,sakitya berpanjangan dan berulang-ulang. Muka boleh berasa sakit
dan berat, terutamanya pada bahagian antara mata.
Dia mungkin rasa demam atau rasa tidak sedap badan yang
berpanjangan akibat gejala di atas. Bahkan alahan bukan sekadar bersin dan
gatal hidung, ia mungkin berjangkit menjadi gatal di dalam telinga atau di
kawasan mata. Ada sesetengahnya mengadu berbunyi dalam telinga (hampir
dengan tinnitus).
Justeru namanya disebut sinusitis, para pakar sering mengaitkan resdung
semata-mata dengan hidung atau sinus. Tetapi hakikatnya resdung bukan saja
menghasilkan pelbagai gejala hidung, malah turut memberi kesan
terhadap tekak, peti suara, telinga tengah, mata dan bahagian-bahagian lain
yang menjadikan pesakit merengsa.
Justeru resdung harus dilihat dari perspektif yang lebih luas. Perubatan
tabii dan homeopati selalunya melihat permasalahan ini sebagai berpunca
daripada sistem ketahanan badan yang lemah, atau kuasa hayatnya tidak cukup
kuat menangani suasana dan serangan persekitaran.
Rawatan bagi masalah resdung ini harus dibuat secara menyeluruh
dan bukan tertumpu kepada masalah anatomi di kawasan tertentu sahaja. Sama
ada ianya disapu, diambil ubat, dibakar, dikeluarkan ulat, diberi ubat telan
bahkan antibiotik sekalipun, ia akan tetap berulang.
Di dalam homeopati ia harus dirawat sebagai penyakit kronik yang
puncanya boleh jadi berkurun sejak datuk nenek atau keluarga pertama kali
menghidapnya. Dan rawatan, sebagaimana diterangkan oleh Hahnemann di dalam
buku-buku homeopati karangan beliau, amat sukar dan mengambil masa yang
panjang. Itupun harus diperbetul dan dirawat oleh pakar-pakar homeopati yang
benar-benar mahir tentang penawar dan kunci sakitnya.
Bagaimanapun, buat meringankan bebanan, seperti ingin mengurangkan
hingusan, bersin di waktu pagi, gatal-gatal bila memakan sesuatu yang harus
dipantang, memang banyak ubatan di pasaran boleh dibeli dan dicuba. Anda
mungkin boleh menghabiskan ratusan ringgit sekadar bertujuan membuang masalah
yang anda hadapi itu.
Tetapi sebenarnya, kalau sekadar untuk melegakan atau
meringankan, seseorang itu boleh mengambil formula farmasi Homeo-ABC sahaja
(yang harganya RM12 untuk 120 biji). Ambillah untuk tiga dos setiap 15 minit,
insya Allah ia akan membantu. Ia pasti berkesan buat meringankan bebanan
pesakit.
Namun untuk mempastikan kesan yang lebih berpanjangan, pesakit
haruslah berusaha berpantang sedikit. Umpamanya dengan cara mengelakkan diri
daripada memakan ikan kembung, ikan tongkol, udang, sotong, ketam, jangan
terdedah kepada angin yang kuat, tidak mengambil kafein, dan sebagainya.
Penting diingat, (malahan lebih utama) pesakit harus mengenalpasti bahan-bahan yang
boleh mencetuskan reaksi resdung, konsisten dalam berpantang dan amalkan cara
pemakanan yang sihat serta berada dalam persekitaran yang kondusif untuk membina daya
ketahanan yang kuat.
Pendeknya, hanya dengan memiliki vital force @ kuasa hayat
yang seimbang (serta daya ketahanan badan yang kuat) sajalah
satu-satunya cara mengatasi masalah di atas.
Amallah saranan di atas, dan beri diri anda sedikit masa untuk
melihat natijahnya serta gaya hidup baru anda..
WaLlahhu a'lam.
[1.00
ptg,12 Feb 2012]
- Admin drhatta.com.
|