Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 JANGAN ABAIKAN SARAPAN

 

Apakah anda telah ambil sarapan pagi ini? Jika tidak, anda sudah melakukan suatu kesilapan besar dalam amalan pemakanan sihat dewasa ini. Termasuk mereka yang sengaja meninggalkannya atas alasan diet.

  Selain kerana berhasrat ingin menguruskan badan, ramai remaja dengan sengaja meninggalkan sarapan atas alasan tidak sempat, tiada masa, atau tidak rasa laparpun.

  Hakikatnya, sarapan adalah sangat penting dalam jadual pemakanan seharian. Bahkan pernah dikatakan bahawa kajian pada tahun 2005 (http://eatthis.menshealth.com/slide/never-skip-breakfast?slideshow=77650) menyebutkan mereka yang tidak mengambil sarapan cenderung merokok, minum (alkohol), kurang melakukan senaman dan kerap prihatin terhadap berat badan.

   Meskipun ramai beranggapan dengan tidak bersarapan, mereka akan berjaya mengurangkan kalori, namun itu tidak benar sama sekali.

  Adalah didapati walaupun mereka yang mengambil sarapan cenderung menambah jumlah kalori dalam pemakanan harian, tetapi mereka juga mendapat lebih banyak serat (fiber), kalsium dan lelain mikronutrien berbanding mereka yang skip sarapan.

  Malahan mereka yang sentiasa mengambil sarapan dikatakan cenderung mengurangi memakan kentang (french fries) dan soda (menu makanan segera). Sebaliknya, mereka akan makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan susu yang mana penting sekali untuk kesihatan.

  Juga dilaporkan bahawa mereka yang sentiasa bersarapan lebih berkecenderungan kurang obese berbanding mereka yang meninggalkan sarapan.

  Ada juga laporan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang sentiasa mengambil sarapan lebih berjaya dalam ujian-ujian kognitif dan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. (http://clearinghouse.missouriwestern.edu/manuscripts/203.php) (http://pikachakula.com/tips-information-on-eating-food/why-breakfast-is-important/#axzz1mhWfytMz) (mungkin anda boleh bertanya kepada mereka yang mengambil pil minda sekalipun, apakah mereka itu bersarapan atau tidak?)

  Ada juga yang memberi pendapat bahawa apabila mereka meninggalkan sarapan, majoriti mereka ini akan lapar menjelang tengahari dan cenderung memakan lebih banyak di waktu tengahari. Jadi bagaimana hasrat mengurangkan obesiti boleh berjaya?

  Kesimpulannya, jangan malas sarapan atau berhasrat skip sarapan. Bukan susahpun untuk menyediakan sarapan yang berkualiti.

  Paling mudah, anda boleh rebus sebiji telur, kemudian bakar dua atau tiga keping roti (yang mengandungi serat adalah terbaik) dan minumlah jus buah-buahan tulen. Jika tidak cubalah ambil cereal beserta buah-buahan menggantikan roti kaya fiber.

  Dengan sarapan semudah itu, anda sudah boleh mendapat protein, fiber dan vitamin yang diperlukan untuk hari tersebut ataupun menjaga kesihatan.
 

   WaLlahhu a'lam.

[8.30 mlm,19 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up