Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

 TUNTUTAN CUEPACS ASAS BAGI GAJI SBPA

Hari ini nampaknya CUEPACS telah mengemukakan suatu cadangan secara telus bagi kemelut perubahan gaji selepas saranan asal daripada perkhidmatan awam mendapat kritikan hebat.

  Saranan itu telah dilaporkan oleh Bernama dan siarkan di dalam blog rasmi CUEPACS. Antara kandungannya menyebut:

 1. Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54. Presidennya Datuk Omar Osman menyarankan supaya kenaikan itu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

 2. Perincian tuntutan CUEPACS ialah (i) Gred 1 hingga 16 kenaikan - sebanyak RM700, (ii) Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), (iii) Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), (iv)Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan (v) Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

 3. Antara cadangan itu termasuk juga agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum (atau tangga gaji mati) dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred. Omar Osman memberi contoh, "Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500."

 4. Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap
Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji. Kata Omar, "bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji,
sia-sia sahajalah usaha mereka."

  Presiden CUEPACS itu menambah kenyataan bahawa tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

  "Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai
rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

  Beliau juga berkata ianya terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika mereka merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

  "Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru."

  Demikian intisari laporan Bernama dalam blog CUEPACS.

   WaLlahhu a'lam.

[7.30 mlm, 23 Feb 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia

 

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up