![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||||||||
|
PENGAMBILAN KES PADA REALITI HARI INI |
Admin: |
|||||||||||||||||||
|
Selesai menghadiri sesi pengambilan kes dalam homeopati pada hujung minggu yang lalu dengan menyaksikan beberapa pengaruh yang merubah bentuk dan matlamat sesi konsultasi, beberapa perkara terlintas di hati. Masih relevankah pengambilan kes gaya Hahnemann? Saya percaya masih relevan selagi kita membuat sesi konsultasi mengikut aturan dan stail Hahnemann sebagaimana yang digariskan di dalam Organon para 82 hingga 104. Terutama jika kita ingin digelar ahli homeopati klasikal. Demikian juga dengan stail Kent. Bahkan tidak jauhpun perbezaan di antara Hahnemann dan Kent. Bahkan meskipun dikatakan pada zaman Dr. Samuel Hahnemann pengamal akan melihat kepada penyakit dan simptom-simptomnya, sedangkan se masa J. T. Kent, fokus diberikan kepada personaliti dan konstitusi pesakit. Namun, saranan Kent itupun sebenarnya turut disebut oleh Hahnemann. Cuma fokus sedikit berbeza. Bagaimana dengan penekanan yang begitu ketara kepada simptom-simptom mental dalam sesi konsultasi seperti stail M.L.Sehgal atau rumusan kontroversi R. Sankaran? Itupun masih klasikal. Justeru terdapat pembaharuan, maka pendekatan mutakhir ini boleh kita klasifikasikan sebagai neoklasikal. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana hendak kita klasifikasikan mereka yang membuat sesi yang tidak memberi keutamaan kepada pesakit. Konsultasi hanya tidak lebih daripada 5 minit dan preskripsi diberikan berasaskan apa yang didiagnos oleh pengamal tanpa memadankan keseluruhan simptom pesakit dengan penawar. Umpamanya, pengamal bertanya apa masalah tuan? Pesakit menjawab, saya demam atau saya sakit kepala? Si pengamal yang seolah-olah serba tahu ini terus mengambil alatnya dan terus mengesan sakit pesakit. Ada yang meletakkan jarum pada kukunya, ada yang pakai alat radionic dan mengambil rambut sahaja, ada yang membuat pemeriksaan fizikal sahaja tanpa bertanya lanjut kepada pesakit. Mungkin justeru terlalu ramai pesakit menunggu di luar, maka sesi konsultasi tidak sempat dijalankan sewajarnya ataupun sudah tidak begitu perlu lagi. Jadi bagaimana dengan pengamal serupa ini? Selain tidak mengikut aturan klasikal atau neoklasikal homeopati, amalan serupa ini menyebabkan tidak lagi timbul ciri-ciri empati yang seharusnya dimiliki pada setiap pengamal. Secara (peralatan) fizikal, mereka cuba merawat masalah (fizikal saja?) pesakit. Saya mengatakan, pengamal seumpama ini bukan lagi ahli homeopati klasikal. Juga buka neoklasikal. Apa pendapat anda? Wa Llahu 'alam. [6.30 pg., 10 Julai 2012] - Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.