LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

BUKTI HOMEOPATI BERKESAN, PERLUKAH MENGIKUT TELUNJUK BARAT?

Admin:

 
2012

Julai 2012

Selsema Siang

Resdung Ramadan

Cerita Azie

Derma Darah

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

 

 

  Tiada yang lebih menyeronokkan apabila mengetahui bahawa produk yang dikeluarkan atau remedi homeopati yang dipreskripsi itu memberi kesan yang menakjubkan. Itulah yang berlaku dengan Homeo-ABC.

  Biarpun satu dunia mengatakan homeopati itu palsu atau tiada bahan aktif di dalam tabletnya sehingga ia dikatakan tidak lain daripada plasebo, namun mereka yang mencuba dan melihat kesannya akan tetap mempercayainya.

  Apakah semuanya harus nampak di mata dan logik di akal baru kita ingin percaya? Dan jika kita begitu percaya, wajarkah kita mengikut kemauan orang yang tidak ingin mempercayainya?

  Umpamanya, bila orang-orang Barat mengatakan tidak mungkin Tuhan itu ada kerana tiada bukti zatnya boleh kelihatan di dalam teropong paling halus, ataupun apabila mereka mengatakan agama itu semuanya sama kerana ia semata-mata budaya atau kepercayaan. Justeru ia bukan evidence-based berdasarkan kacamata Barat, haruskah kita meninggalkan agama kita dan mengikut telunjuk mereka melalui jalan yang sesat itu?

  Begitulah halnya dengan rawatan homeopati bagi mereka yang telah menikmati kesannya. Samalah juga dengan pelanggan HBI yang yang tiba-tiba membuat order untuk mendapatkan 20 botol Homeo-ABC selepas dua minggu membeli dan mendapat impak kemajuan kesihatan sekeluarga.

  Bahkan pada hari Rabu, kira-kira 2 hari yang lalu, seorang ustaz tiba-tiba datang mengadu sakit kepala. Katanya, "Tolong dapatkan ubat yang bersesuaian buat melegakan. Dah tak tahan ni."

  Saya mengatakan tak sempat hendak buat konsultasi kerana perlu bergegas ke Johor Bahru. Lalu dia mendesak juga kerana sudah tak tahan. Sambil berkata-kata itu, dia menekan-nekan kepalanya.

  Saya mengatakan, "Beginilah ustaz. Ustaz ambil Homeo-ABC dulu. Lepas saya pulang dari Johor nanti, kita cuba lihat kesannya."

  "Ya Allah. Saya lupa. Hari tu saya ambil, Homeo-ABC. Dah lama tak sakit seperti ini." Katanya kemudian, "Bawalah Homeo-ABC tu, ya."

  Lantas saya tinggalkan dua botol Homeo-ABC kepadanya. Saya bergerak ke Johor Bahru dan berada di sana hanya untuk semalam sahaja kerana suatu urusan penting.

  Bila saya kembali dan saya bersua semula dengan ustaz tadi pada hari Jumaat semalam, ustaz itu (yang merupakan imam sebuah surau) mengatakan betapa gembiranya dia kerana sakit kepalanya sudah beransur lega. Hampir sihat seperti dulu.

  Dia bertanya, "Saya ambil empat kali sehari hari tu. Tak mengapa ke?"

  Saya mengatakan, "Ambil tiap setengah jampun tak mengapa. Bila sakit kita akut atau serta-merta datangnya, cuba ambil sekerap setengah jam sehingga rasa sakit semakin lega (4 atau 5 dos). Selepas itu baru kita ambil seperti biasa atau kurangkan maupun hentikan dosnya."

  Ya tuan-puan. Jika anda mengalami situasi seperti itu, apakah tuan-puan masih mengatakan penawar yang diberikan itu kosong atau placebo semata-mata?

  Malang sekalilah jika kita yang percaya kepada wahyu dan ilmu yang berteraskan wahyu tiba-tiba menjadi pengikut masyarakat Barat yang materialistik.

  Masyarakat materialistik memang tidak akan percaya kepada apa yang ghaib, yang invisible (istilah Dr. J.T. Kent, Causes are invisible, results are visible.).  Materialistiknya mereka bukan sahaja dalam urusan ketuhanan, malahan di bidang kedoktoran atau perubatanpun sifatnya..., pandangannya dan amalannya adalah materialistik.

  Itulah yang menyebabkan Dr. J.T. Kent ada menulis di dalam syarahan ke 10, topik khusus yang dinamakan "Materialism in Medicine".  Suatu isu dan pemikiran Barat yang pernah disebut berkali-kali oleh Dr. Samuel Hahnemann sendiri secara sinis di dalam Organon.

  Pandangan anda?

       Wa Llahu 'alam.

[8.30 pg., 14 Julai 2012]

   -  Dr.Hatta.com


   

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.