LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

WORKSHOP HOMEOPATI 2012 DI CUCMS : HARI KEDUA

Admin:

 
2012

Julai 2012

Tip Ramadan

Metabolisme

Testimonial HomeoABC

Realiti pengambilan Kes

Sham Kamikaze

Workshop Homeopati 3

Workshop Homeopati2

Jun 2012

Workshop Homeopati

AsidUrik

Teknousahawan Homeopati

Ambil Penawar Homeopati

Tip Minta

Alternatif Denggi

Putus Cinta

Tenaga Mental 2 Wokshop Homeopathy

Tenaga Mental

Soal Jawab Penawar

Dakwah Membazir

Pelangsing Badan

Produk Homeopati

Mei 2012

Rehat

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

 

 

   Pada hari kedua 30 Jun (Sabtu), sebelum kita menjengah ke bulan Julai 2012, Workshop homeopati "Casetaking: The Landscape of Homoeopathic Medicine" yang sedang berlangsung di Kampus Utama, Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS), menerima kunjungan daripada Presiden Majlis Homeopathy Kebangsaan Malaysia (MPHM).

  HP Zainul Azmi Bin Ahmad, tiba di CUCMS sewaktu sesi workshop atau bengkel Pengambilan Kes (Casetaking) berhenti rehat kira-kira jam satu tengahari.

  Ketibaan beliau disambut oleh Dr. Suriyakhatun Osman, yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap program yang sedang dijalankan di Cyberjaya. Kemesraan antara kedua pemimpin homeopati ini jelas sekali, yang sekaligus menunjukkan komitmen ingin melihat homeopati bertapak dengan lebih kukuh dalam persada ilmu tanah air.

  Pengiktirafan kerajaan terhadap ilmu perubatan homeopati merupakan sesuatu yang sangat diidamkan oleh semua pengamal homeopati. Usaha rintis yang dimulakan oleh Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (PPHM) sehingga akhirnya terbentuk MPHM (dengan kerjasama erat dengan persatuan-persatuan homeopati yang lain juga) harus dibanggakan oleh semua pihak.

  Kemudian, usaha ini lebih mantap lagi dengan inisiatif yang diambil oleh CUCMS dan Dr. Suriya sehingga membawa kepada penerimaan pihak MQA terhadap kursus Bachelor of Homeopathic Medical Science (BHMS) sebagaimana ditawarkan oleh CUCMS.

  Selepas berbicara di ruang lobi CUCMS, saudara Presiden kita telah naik ke bilik kuliah untuk menyambung bicara bersama penceramah jemputan, Dr. Alastair Grey.

  Pada hari kedua, kita dapati para peserta disampaikan maklumat lebih lanjut berkaitan pengambilan kes yang bermula daripada zaman Dr. Samuel Hahnemann yang melihat kepada penyakit dan simptom-simptomnya, sehingga kepada J. T. Kent yang membuka fokus kepada personaliti dan konstitusi pesakit (pun turut disebut oleh Hahnemann).

  Homeopati juga dikatakan banyak dipengaruhi oleh tokoh-tokoh seperti psikoanalis seperti Sigmund Freud dan Carl Jung.

  Dr. Alastair Grey menerangkan bahawa kenyataan Freud bahawa sakit demam itu disebabkan oleh tekanan seksual dan teori Carl Jung yang menekankan bahawa kita perlu melihat kepada simptom dan simbol-simbol kerana semua itu adalah gambaran bahasa bagi ketidakseimbangan dalaman, merupakan sesuatu yang berkaitan dengan perubatan yang diasaskan oleh Hahnemann.

  Beliau turut menjelsakan bahawa para pesakit juga sudah berubah dari dekad ke dekad. Umpamanya, kalau dahulu pesakit mungkin masuk ke bilik rawatan dengan mengadu sakit kaki, sakit bahagian siku, kepala dan lain-lain. Namun sejak tahun 1980an, ramai pesakit masuk dengan luahan peribadi yang menyeluruh seperti, "saya rasa sangat tidak selesa dengan....."

  Hari ini juga para peserta telah ditunjukkan dengan beberapa rakaman video pengambilan kes yang memaparkan sesi konsultasi terkini Dr. Alastair Grey. Sesi berkakhir kira-kira jam 5 petang.

       Wa Llahu 'alam.

[8.30 pg., 1 Julai 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.