![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||||||
|
MENAMBAHKAN TENAGA MENTAL 2 - Sambungan hujjah DR. AZIZAN |
Admin: |
|||||||||||||||||
|
....sambungan.. Mengenai (ii) semangat, Dr. Azizan mengatakan bahawa ia merupakan suatu dorongan yang amat penting. Orang yang lemah dan letihpun, apabila didorong oleh semangat yang kuat, boleh mencapai sesuatu yang hanya orang bertenaga sahaja berupaya melakukannya. Umpamanya, tepukan gemuruh oleh penonton boleh membangkitkan semangat dan kekuatan seorang ahli sukan seperti pemain badminton negara. Tentang (iii) istirehat, Dr. Azizan Ismail menerangkan bahawa apabila seseorang yang sudah letih beristirehat, maka tenaganya dapat dipulihkan. Beliau turut mengambil contoh dari al-Quran yang menyebutkan yang Allah memperuntukkan malam untuk manusia berehat. Pendeknya, biar apa sekalipun yang dilakukan oleh manusia (bahkan termasuk enjin kenderaan) maka ia perlukan tempoh untuk berehat. Akhir sekali berkaitan (iv) makanan dan minuman. Dengan mengambil makanan berkarbohidrat atau berlemak, ataupun minuman bergula, boleh memberikan tenaga kepada tubuh manusia Itu semua baru berkaitan pemulihan tenaga fizikal. Lalu Dr. Azizan bertanya - bolehkah kaedah serupa digunakan untuk memulihkan tenaga mental atau tenaga berfikir? Katanya, "Mengapa tidak? Cuma masalahnya mengenai perkara (ii) semangat, lama mana kita boleh bergantung kepada sokongan orang lain untuk memulihkan semangat kita? Tentu tidak lama." "Mengenai perkara (iii) istirahat, bolehkah otak dan saraf berehat? Mustahil! Kerana menurut Prof. D. Samuels dari Institut Weissman, Israel, setiap saat otak terpaksa melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Oleh itu paling munasabah ialah otak dan saraf perlu memperoleh bekalan tenaga daripada punca makanan." Itulah penerangan Dr. Azizan bagi memahamkan masyarakat mengenai logik perlunya juga makanan bagi otak dan minda. Seterusnya di bahagian yang lain beliau telah mengungkit kembali berkaitan pelajaran yang kita semua pernah pelajari sewaktu di sekolah rendah, yakni tentang 6 kelas makanan yang mempunyai fungsi berbeza-beza yang kita namakan sebagai karbohidrat, protein, lemak, garam galian (mineral), vitamin dan air. Malahan ada yang mengatakan serat (fiber) juga boleh diklasifikasikan sebagai salah satu kelas makanan. Makanan mempunyai pelbagai fungsi, anatranya ialah: (1) menambahkan tenaga, (2) membina dan membaiki tisu, (3) mengawal proses-proses tubuh dan (4) mencegah, mengawal dan menyembuhkan penyakit. Mengenai fungsi makanan ini, jika diperhatikan - (1) menambah tenaga, harus bukan setakat tenaga fizikal, bahkan kita juga memerlukan tenaga mental (untuk berfikir). (2) Apabila dikatakan makanan membantu membina dan membaiki tisu, tentulah ia turut termasuk tisu organ otak dan saraf. Tentang fungsi (3) mengawal
proses-proses tubuh, pastinya ia harus termasuk proses saraf dan minda
kerana ia juga sebahagian daripada tubuh. Demikian juga (d) mencegah,
mengawal dan menyembuhkan penyakit. Di sini kita juga ada penyakit atau
gangguan otak, minda, saraf dan jiwa. Lupa, lemah daya fikir, penyakit Alzheimer, dangkal ilmu, sombong, bodoh, dungu, dengki adalah antara beberapa masalah yang berhubung dengan otak jiwa, dan minda. Justeru produk homeopati yang mengandungi mineral seperti Aktif IQ dan Examo boleh dikategorikan untuk kedua-duanya (makanan maupun ubat). Tiga garam mineral yang terdapat di dalamnya boleh menyempurnakan fungsi mencegah, mengawal dan menyembuhkan penyakit. Tentunya ia juga boleh menambahkan tenaga dan membina serta membaiki tisu, sama ada tubuh ataupun organ otak dan saraf. Walaupun kadang-kadang produk seumpama ini disebut sebagai makanan (dalam pendaftaran Kem Kesihatan) dan kadang-kadang sebagai ubat tradisional, namun ia hanyalah bagi tujuan atau maksud pendaftaran. Hakikatnya, ia dipanggil penawar dalam homeopati. Tetapi ia juga merupakan garam mineral (Schuessler's salt), seperti mineral lain dalam makanan di mana ia berfungsi memenuhi kekurangan mineral tertentu dalam tubuh dan mengembalikan keseimbangan.
Mengenai penyakit berhubung dengan otakpun, pastilah ia turut terangkum dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud "Setiap penyakit ada ubatnya..."
...bersambung.. Wa Llahu 'alam. [4.30 ptg., 16 Jun 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.