Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

PERGOLAKAN DI MANAMA, IBU NEGARA BAHRAIN

Semalam kami baru saja melaporkan dapatan daripada lawatan sdr Mohamed Hatta yang juga merupakan konsultan homeopati HBI online. Selain daripada kejayaan misi lawatan itu, berikut ialah sedikit perkembangan sosio-politik di Bahrain.

Muharraq Aman

  Di dalam lawatan 3 hari lalu, konsultan kami merumuskan keadaan di sana secara umumnya adalah aman. Ini dinyatakan oleh pihak penganjur lawatan. Selain itu, di pusat pengajian dan kawasan hospital yang dilawati juga menunjukkan suasana aman. Kata beliau,

  "Lebih-lebih lagi kerana kawasan di mana terdirinya flat kediaman, bangunan RCSI dan King Hamad University Hospital adalah jauh di pulau berasingan."

  Sambungnya, "Di Muharraq itu tiada kedapatanpun penduduk setempat atau rakyat Bahrain melainkan mereka yang bekerja. Kawasan itu dibina di atas pulau buatan (reclaimed land) yang dihubungi oleh tiga jambatan."

  Justeru kawasan tempat beliau dan rombongan membuat lawatan itu sememangnya bebas daripada kemungkinan gangguan dan demonstrasi.

 

Pergolakan di MANAMA, ibu negara Bahrain

  Hari ini kita tinjau sedikit mengenai pergolakan. Sebagaimana yang kita tahu, konflik dengan kerajaan mula berlaku pada 14 Februari 2011 justeru rakyat Bahrain berkehendakkan reformasi politik dan lebih kebebasan.

  Bahrain merupakan negara yang diperintahkan oleh pemerintah yang beragama Sunni walaupun majoritinya adalah kaum Shiah. Rasa tidak puas hati menjadi konflik dan penentangan terbuka  apabila demonstrasi menjadi lebih rancak berikutan perubahan politik yang berlaku di Algeria, Tunisia dan Mesir.

  Laporan CNN menyebut bahawa suasana di Bahrain semakin buruk kerana hari ulang tahun permulaan penentangan itu semakin hampir. Demonstrasi itu berlaku di kawasan-kawasan kejiranan terutama di waktu malam dan hujung minggu,

  Untuk menghentikan masalah demonstrasi dan penentangan itu, pihak pemerintah kerap kali menggunakan stun guns, gas pemedih mata dan beberapa tindakan bersesuaian untuk menyuraikan perhimpunan.

  Menyorot pengalaman konsultan kami, beliau berkata:

  "Memang ada suatu malam ketika kami lalui kawasan kejiranan membeli belah (kebanyakannya terdiri daripada blok kedai-kedai kecil) tempat tumpuan ramai, mata kami pun mendapat kesan gas pemedih mata. Kami lantas masuk ke dalam sebuah kedai cenderamata yang berdekatan."

  Beliau menerangkan bahawa suasana terkawal tetapi keadaan demonstrasi itu semakin kerap. Ada laporan mengatakan pertempuran meletus bila wujud provokasi atau berlaku apabila polis bertindak balas. Beliau juga menyambung,

  "Berpandukan perbualan saya dengan penduduk setempat, kami dapati kaum tua tidak suka dengan suasana di Bahrain yang semakin menjadi tumpuan ramai khususnya rakyat negara Arab Saudi, Mereka merasakan bahawa negara jiran itu sedang berusaha menyebarkan fahaman Wahabbi. Dan mereka mengatakan bahawa Bahrain kini menjadi bandar alternatif tempat mereka berfoya-foya."

  Seterusnya kata beliau,

  "Kaum muda yang bekerja pula mengadu mengenai pendapatan mereka yang kecil. Sedangkan negara itu kaya. Mengikut pengadu, ini kerana kekayaan itu hanya dinikmati oleh segelintir pemimpin atasan."

  Inilah antara aduan yang beliau dengar sepanjang 3 hari berada di Bahrain. Beliau seterusnya menyambung,

  "Malahan pekerja hotelpun turut mengadu mengenai pendapatan mereka yang sangat rendah. Mereka meluahkan rasa tidak puas hati itu, walaupun kepada pelancong".

  Di sebalik isu-isu itu, blok-blok melaporkan bahawa mereka yang melakukan protes dan menentang kerajaan kebanyakannya terdiri daripada penduduk Muslim Shiah yang dikatakan merangkumi 70 peratus penduduk Bahrain.

  WaLlahhu a'lam.

[8.40 mlm, 28 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012