|
Berita hari ini tentulah
menggemparkan apabila Berita Harian sendiri melaporkan dalam tajuk
besar dan sensasi bahawa "Peralatan Stadium RM50j Dicuri".
Bagaimana lemahnya urusan pembinaan,
pemberian kontrak dan pemantauan sehinggalah membawa kepada bumbung
stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu runtuh memanglah sudah
terserlah.
Laporan semalam menyatakan "kegagalan semua
pihak yang dilantik membina SSMZA mengikut spesifikasi ditetapkan
dalam kontrak menjadi punca kejadian".
Mengikut Menteri Besar Terengganu juga (berdasarkan
laporan jawatankuasa penyiasat), punca utama kejadian adalah justeru
bahan dan kualiti hasil kerja tidak memenuhi spesifikasi, faktor reka
bentuk yang tidak memadai dan bumbung tidak dibina dengan sempurna.
Selain itu, kawalan kualiti di tapak projek telah tidak dilaksanakan.
Sudahlah berita itu seperti tidak logik dan
tidak masuk akal kerana nampak sangat kecuaian, hari ini kita mendapat
berita baru pula.
|
Sebahagian set jana kuasa
bernilai RM70,000 Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,
hilang. - lapor Berita Harian. |
 |
Tentulah menyedihkan dan membuatkan senario
bertambah parah apabila pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem
elektronik dan kelengkapan, serta set janakuasa SSMZA di Kompleks
Sukan Gong Badak itu telah dikatakan lesap dicuri. Siapakah pencurinya?
Siapakah pula yang bertanggungjawab menjaga dan mengawalnya?
Inilah yang dikatakan orang, sudah jatuh
ditimpa tangga. Kenapa selepas terjatuh, tidak diambil berat sehingga
tertimpa tangga pula.
Kami percaya perkara seumpama ini tidak
harus dibiarkan berterusan. Kelemahan, kecuaian, salah urus,
penyelewengan dan sebagainya boleh menjadi punca utama mengapa
kerugian serupa ini boleh berlaku dan berkesinambungan.
Kita semua berharap perkara ini tidak
selesai setakat laporan sahaja. Pihak berkenaan harus menyiasat seadil
dan setelusnya supaya rakyat semua berpuas hati.
WaLlahhu a'lam.
[6.00 ptg,
31 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|