Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

KHAIRUL FAHMI NAFIKAN GOSIP MENGAIBKAN DIRINYA...

Dua hari lalu, KL-today.com melaporkan bahawa penjaga gawang gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, mengecam beberapa blog hiburan terkenal yang menurutnya sering mendedahkan soal peribadi beliau sehingga mencetus kontroversi buruk terhadapnya.

  Antara blog-blog hiburan yang menyiarkan berita penjaga gawang gol pasukan bola sepak negeri Kelantan yang dikatakan berhibur bersama rakan-rakan seksinya itu ialah Oh! Bulan, Rotikaya.com atau Media Malaya.com. Kemudian berita-berita itu dimuat pula di dalam beberapa blog politik terkenal seperti Empayar Pemuda dan Keris Pusaka.

  Apex yang dihubungi Mynewshub.my sebelumnya berkata, blog-blog hiburan itu sanggup menjaja maruah dirinya di khalayak ramai sehingga timbul fitnah dan spekulasi buruk yang mengakibatkan beliau serta keluarganya tertekan dan dipandang serong oleh segelintir peminat.

  “Cuba bayangkan sekiranya maruah diorang (pemilik –pemilik blog hiburan) dijaja satu dunia, patut ke tak patut? Kalau apa yang diceritakan tu betul takpe jugak..tapi banyak yang tak betul dari betul.

  “Saya kalau dengan blog-blog ni ‘allergic’ sikit…memang pantang dengar..contohnya kalau dengar bunyi nama Nara je, terus saya takde mood.

  “Dia orang tu pun tak pernah jumpa saya, tapi nak cerita pasal saya..mereka tu pernah jumpa saya ke?,” katanya merujuk kepada blog hiburan terkenal, Beautifulnara.com.

  Beberapa blog hiburan terkenal sebelum ini sering mendedahkan tentang kehidupan peribadi Apex di blog masing-masing sejak kisah putus tunangnya dengan Elia (blogger jejariruncing) mendapat liputan.

  Cerita panas itu dikejutkan pula dengan kisah kononnya beliau menjalin hubungan cinta dengan Dahlia Teck menerusi gambar-gambar mesra bercuti bersama dan sambutan harijadi Dahlia bersama gadis-gadis seksi di mana Apex dituduh minum arak hanya berasaskan kepada sebotol arak di atas meja di dalan gambar tersebut.

  Apex dikatakan telah menafikan dakwaan itu dan beberapa individu lain juga telah tampil menyokong penafian tersebut sekaligus membuktikan penjaga gol skuad negara itu difitnah.

  Natijah berita seumpama itu, seperti dilaporkan oleh KL-today.com, Apex serik untuk memberi kerjasama dengan media berhubung kehidupan peribadinya dan hanya lebih selesa sekiranya bercakap mengenai soal karier bola sepaknya sahaja untuk dikongsi bersama para peminat.

  Beliau yang kesal dengan apa yang berlaku berpendapat adalah tidak wajar untuk para pemilik blog tersebut menceritakan soal peribadinya memandangkan ia melibatkan maruah diri dan keluarganya serta mengaibkan mereka.

“Patut ke keaiban seseorang tu didedahkan dikhalayak ramai?,” ujarnya mempersoalkan tindakan blog-blog hiburan itu lagi.

  Terbaru, video rakaman sambutan “surprise birthday party” Apex yang dianjurkan Dahlia yang dimuat turun ke laman Youtube telah ditarik balik oleh Hazremi dari Imoments Videography yang dipercayai juruvideo bagi majlis tersebut.

  Mungkin ada sedikit benarnya gosip yang dimuatkan di dalam blog. Tetapi kita juga perlu belajar melaporkan sesuatu atau berita seseorang seperti pemain bola sepak negara dengan cara lebih sederhana dan positif.

  WaLlahhu a'lam.

[8.00 pagi, 15 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012