|
Bekas pensyarah undang-undang Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari memfailkan saman terhadap
ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan
Melayu (Malaysia) Berhad berhubung dakwaan menerbitkan kata-kata
fitnah.
Dalam saman itu Abdul Aziz menamakan Zulkifili, yang juga seorang
peguambela dan peguamcara, ketua pengarang kumpulan akhbar Utusan
Malaysia dan juga akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul
Aziz Ishak dan Utusan Melayu sebagai defendan.
Beliau memfailkan saman itu
melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 22 Disember tahun
lepas. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini.
Peguam Azhana Mohd Khairudin,
yang mewakili Abdul Aziz, memberitahu pemberita bahawa timbalan
pendaftar Mahkamah Tinggi Norhatini Abdul Hamid menetapkan 10 Februari
ini untuk pengurusan kes itu semasa menemui pihak-pihak yang terlibat
dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya.
Dalam pernyataan tuntutannya,
Abdul Aziz mendakwa Zulkifli pada 17 Oktober tahun lalu telah
mengeluarkan kata-kata fitnah mengenainya yang kemudiannya diterbitkan
di akhbar Utusan Malaysia sehari selepas itu dalam satu
artikel bertajuk “Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari”.
Abdul Aziz
mendakwa kata-kata fitnah itu adalah secara langsung merujuk kepadanya
kerana nama dan jawatannya telah disebut secara spesifik dalam artikel
itu.
Beliau berkata kata-kata fitnah itu di
dalam makna asal dan biasa bermaksud beliau antara lain adalah seorang
individu dan professor undang-undang yang kurang ajar dan biadab serta
tidak layak menjadi pensyarah undang-undang. - Dipetik
daripada KL-Today.com.
WaLlahhu a'lam.
[10.00 pagi, 12 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|