|
Apabila Bank tidak
kemaskini maklumat dan datanya, macam-macam boleh jadi. Hari ni
pengurus HBI, Pn Huzain menerima surat bankrupsi dari Seljena Services
(walaupun pagi Ahad) minta hadir mahkamah. Walhal beliau dan suaminya
sedang dalam proses meneruskan bayaran secara bulanan bagi jumlah
tuntutan itu.
"Sudah RM14,000 dijelaskan dan
bakinya akan diselesaikan dalam tempoh 3 bulan ini juga. Apa jadi
dengan Bank Islam ni.." demikian kata beliau merungut kecewa dengan
tindakan lawyer Bank Islam, Tajuddin & Co. yang meminta beliau hadir
di mahkamah minggu depan.
Setelah suaminya menelefon
lawyer berkenaan, barulah peguam itu menyatakan akan menarik balik
surat saman itu pada hari Isnin atau Selasa ini kerana secara mulut,
pihak Bank telah menyatakan kesilapan (tidak memaklumkan kepada
lawyer).
Harus juga diingat, seperti
berita dalam laman ini suatu waktu dulu, jumlah itu bukan sebenarnya
keberhutangan syarikat atau Huzain kepada Bank. Sebaliknya jumlah yang
perlu dibayar itu adalah kerana sindiket pengklonan cek yang berjaya
mengklon dan menerobos sistem perbankan sehingga pihak Bank Islam
tersilap membayar dan mengakibatkan kerugian pihak Kerajaan Negeri
Pahang.
Apabila Kerajaan mengatakan
bahawa ini adalah kesilapan Bank, maka bank terpaksa membayar balik
kepada pemilik akaun kerajaan itu. Bila Bank Islam pula yang rugi,
mereka menuntut pula daripada pelanggan di mana cek itu dimasukkan
sebagai bayaran dan telah dikeluarkan.
Ketidak-cekapan Bank Islam
teruji dengan kemasukan cek klon itu, namun seperti biasa, kerana Bank
tidak mahu rugi, maka semua kerugian itu harus ditanggung oleh
pemegang akaun.
Justeru Huzain dan suaminya
terpaksa menanggung semua kos kerugian yang mana sebahagian daripada
punca itu adalah kerana sistem keselamatan perbankan dan sistem
maklumatnya tidak kemaskini.
"Benar kita silap berurusniaga
dengan pelanggan berkenaan yang menggunakan nama palsu. Tetapi kalau
bank mengenalpasti cek itu palsu dan tidak mengkreditkan ke akaun kami
sudah tentu bisnes tidak berlaku atau berterusan berlaku selama
seminggu itu..." katanya lagi.
"Tetapi seperti biasa, Bank
tidak mahu rugi. Jadi kita pelanggan akan selamanya menanggung
kerugian akibat perkara-perkara seumpama ini," jelas beliau.
Demikian catatan untuk
maklumat pelanggan. Jadi, hati-hatilah berurusniaga dalam dunia
internet/cyber ini.
Malah pada bulan sebelumnya
ada juga seorang kawan yang diminta updatekan akaun internet
dan passwordnya (menerusi emel) dalam laman yang menyerupai
laman utama Maybank.
Akibatnya selepas mengemaskini,
wang dalam akaunnya dikeluarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Apabila beliau bertanya kepada pihak bank, bank hanya mengatakan tidak
tahu dan mereka tidak boleh mendedahkan ke mana wang itu pergi.
Semoga kita semua dilindungi
daripada semua jenis penipuan akibat jenayah cyber. Dan bank pula,
janganlah fikir pasal duit saja. Mana keprihatinan dan kebajikan
masyarakatnya?
WaLlahhu a'lam.
[12.30
tgh, 8 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|