Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

RESPONS SELEPAS KEPUTUSAN MAHKAMAH ANWAR...


Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak bersalah. Justeru beliau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya tiga tahun lepas. Keputusan itu dibuat atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.

  Kata YM Hakim, "Mahkamah tidak boleh memastikan sama ada sampel DNA telah diusik. Oleh itu tertuduh dibebaskan,”

  Dianggarkan seramai 5000 orang yang hadir melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”. Turut hadir memberi sokongan semalam adalah pemimpin utama Pakatan Rakyat.

  Respons Anwar sebaik dibebaskan ialah, “Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah.”

  Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengulas, "Saya percaya pendakwa raya akan membuat rayuan supaya berlaku adil kepada (Mohd) Saiful (Bukhari Azlan), pengadu yang mengaku diliwat oleh Anwar."

  “Jika pendakwa raya merayu (maka) proses keadilan belum selesai. Selepas Mahkamah Rayuan, (kemudian) ada lagi Mahkamah Persekutuan. Jadi segala-galanya belum muktamad,” demikian kata Ibrahim Ali ringkas.

  Dr. Mahathir pula menyatakan, “Walaupun saya terkejut apabila beliau didapati tidak bersalah, ini membuktikan bahawa tidak wujud konspirasi sejak dulu hingga kini.”

  Dr. Mahathir berkata demikian ketika menghadiri satu majlis di Putrajaya.

  Sementara itu, Timbalan Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Wilayah Asia, Phil Robertson turut memberi ulasan semalam. Katanya:

  "Anwar telah dibebaskan atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya, sesuatu yang tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah. Semoga keputusan ini memberi satu mesej kepada kerajaan untuk menghentikan perkara ini.”

  Demikian antara petikan beberapa laporan di dalam The Malaysian Insider.

 

  WaLlahhu a'lam.

[6.30 pagi, 10 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

 

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012