Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

MICROCIRCULATION CHECK-UP: APA MASALAH ANDA?


Beberapa hari yang lalu saya sempat meninjau pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh agen sebuah syarikat farmaseutikal daripada China yang menjual beberapa produk herba dari Tianjin, China. Produknya tentulah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan, justeru berstatus GMP dan Halal.

 

 
Beberapa orang staf sedang mendengar keterangan agen produk Tasly.   Seorang pelanggan sedang meletakkan anak jarinya untuk dibuat pemeriksaan mikrosirkulasi.

  Isunya ialah ramai rakan-rakan yang bertanya berkaitan dengan pemeriksaannya yang dikatakan canggih. Apabila pelanggan diberitahu akan kemungkinan masalah kesihatan oleh agen itu, maka ia menarik minat pengunjung untuk membeli produk yang agak mahal itu. Dan jika tidak membelipun, kos pemeriksaan yang dibuat dengan meletakkan anak jari di bawah mikroskop itu dengan nilai RM10 cukup menguntungkan agen syarikat itu.

  Apakah sebenarnya yang dikatakan microcirculation check-up? Mengikut keterangan, ia dinyatakan sebagai merujuk kepada semua sirkulasi di dalam kapilari darah bermula daripada arterioles hingga ke kapilari sampailah kepada venules.

  Jika di dalam pemeriksaan itu didapati obstruksi, maka ia dikatakan terhasil kerana kandungan lemak yang banyak dan rintangan seperti mendapan dalam salur darah. Ini menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan mikrosirkulasi adalah abnormal.

  Seperti dijangka, (jika mikrosirkulasi itu abnormal) agen akan memaklumkan tentang risiko yang pelanggan mungkin alami seperti penyakit jantung, darah tinggi, strok, diabetes, sakit kepala dan/atau sengal-sengal sendi. Jika pelanggan merasa bimbang dan mula bertanya bagaimana hendak menyelesaikan masalah itu, lalu disarankan ubat-ubat herba keluaran Tasly.

  Di sini, jelaslah bahawa ini juga merupakan suatu kaedah mempromosi ubat seperti yang pernah berlaku sebelumnya dengan menggunakan kaedah diagnosis tertentu. Namun seperti dalam iridologi (ilmu yang sedikit kami ketahui), pemeriksaan seperti ini hanya boleh memaklumkan masalah dalam sirkulasi, dan bukannya mengesahkan pesakit mengidap sebarang penyakit tertentu.

  Inilah juga situasi sebenar jika anda ke klinik homeopati atau pusat rawatan alternatif yang lain dan didiagnosis dengan menggunakan radionic, pendulum atau apa saja alat yang menunjukkan sejauh mana (atau setakat peratusan mana) fungsi organ atau keadaan sakit anda pada waktu itu.

  Justeru seseorang pelanggan atau pesakit tidak harus cemas atau risau apabila menerima diagnosis seperti itu. Ia bukannya ultimatum yang menandakan anda sakit dan harus mendapatkan rawatan di situ juga atau dengan ubat-ubat yang ditawarkan itu semata-mata.

  Sebagai pengguna yang bijak, anda tidak harus terus membeli atau terus merasa panik (@susah hati) sebaik saja mendapat khabar yang tidak diingini itu. Anda wajar mendapat second opinion atau pemeriksaan lain atau bertanya kepada mereka yang lebih arif.

  Bagaimanapun, mengetahui keadaan tahap kesihatan anda melalui apa bentuk pemeriksaan kesihatan (diagnosis) anda itu adalah baik. Ia boleh merupakan suatu tindakan positif sekiranya kesedaran itu membantu anda menjaga pemakanan, gaya hidup dan berhati-hati terhadap risiko penyakit apabila umur kian meningkat.

  WaLlahhu a'lam.

[11.00 pg, 21 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

 

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012