Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi.

Latest Articles
2012
Advertisement
 
Insiden Demo UPSI Sambut Tahun Baru : Apa kata Mufti Perlis?


 

Suatu insiden tragis bermula pada awal sambutan tahun baru. Silapkah pelajar berhimpun secara aman? Atau silapkah polis mengambil tindakan menyuraikan demonstrasi itu?

Dianggarkan seramai 60 orang mahasiswa (satu laman web lain mengatakan sampai 100 orang - http://suarabawahtanah.com) telah mengadakan demonstrasi di kampus itu bermula malam tadi bagi memprotes Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan menuntut solidariti untuk Adam Adli Abdul Halim, yang menjadi perhatian kerana menurunkan kain rentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di luar ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur bulan lalu.

Dimaklumkan kira-kira jam 1.50 pagi (menurut cerita seorang pelajar bernama Haziq) pelajar-pelajar mula berkumpul di pintu utama UPSI. Kata Haziq dalam Sinar Harian, mereka sempat memberi ucapan selama 10 minit sebelum pihak polis dan FRU tiba.

Kemudian “Polis memberi amaran supaya menghentikan perhimpunan jika tidak akan sembur gas pemedih mata dan ketika kami ingin ke depan pintu pagar UPSI, tiba-tiba seorang pegawai polis datang, ingin menarik Safwan ke trak polis."

“Mahasiswa yang berhimpun menjadi marah dan berlaku pergelutan antara kami dan polis, dan di situ kami dibelasah, ditumbuk dan ditendang,” demikian antara sedutan cerita pelajar berkenaan.

Difahamkan bahawa pelajar bernama Safwan yang pernah mempunyai rekod perubatan di mana tulang mukanya pernah retak, telah ditumbuk oleh pegawai polis mengakibatkan dia menggigil kesakitan serta rebah di atas jalan.

Malaysian Insider melaporkan Safwan akhirnya dihantar ke  Hospital Slim River kerana tidak sedarkan diri.

Dalam isu yang sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dilaporkan berkata, insiden tindakan kasar polis semasa menghuraikan demonstrasi aman mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi amat membingungkan. Sekiranya tindakan itu diambil dengan perasaan marah ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan bertambah teruk.

Tambah beliau, sepatutnya kedua-dua belah pihak berunding untuk mencari jalan penyelesaian terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah lain seperti kecederaan.

“Pembantaian mahasiswa di UPSI amat membingungkan. Kenapa sampai perlu menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama? Apakah pintu musyawarah (berunding) sudah tertutup?

“Kemarahan tidak akan selesai dengan memarakkan kemarahan. Masing-masing ada hak untuk bertindak, maka jagalah batasan hak masing-masing,” kata beliau dalam  laman Facebook.

WaLlahhu a'lam.

[10.55 malam 1 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

5 Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012