Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

5 KUALITI PELAJAR CEMERLANG: DR. ABU HASSAN HASBULLAH


Semalam Kolej MARA Banting menerima kehadiran Dr. Abu Hasan Hasbullah, Assoc Profesor daripada Jab Pengajian Media Universiti Malaya yang juga merupakan seorang daripada dua panel juri Pentas Pilih Kasih yang merupakan satu program realiti TV2 yang berjaya menarik minat ramai.

Kali ini beliau telah dijemput memberi ceramah bertajuk "Menghadapi Cabaran Globlisasi Dan Perubahan Teknologi Masa Depan" kepada pelajar-pelajar International Baccalaureate yang bakal melanjutkan pelajaran ke Luar Negara apabila tamat program diploma IB nanti.

  Di dalam intisari ceramah beliau, Dr. Abu Hassan menyenaraikan 5 ciri yang perlu ada bagi pelajar untuk menjadi seorang pelajar cemerlang di masa depan. Ciri atau kualiti itu ialah Kualiti Pengetahuan, Kualiti Berfikir, Kualiti Susila, Kualiti Kerja dan Kualiti Kepimpinan.

  Dengan bekalan ke lima-lima kualiti ini beliau berharap para pelajar bersedia menyambut cabaran untuk menjadi insan cemerlang serta memenangi hadiah nobel dalam bidang masing-masing.

  Kata beliau, kejayaan hebat seperti ini hanya dapat dicapai jika pelajar itu sendiri membentuk (design) masa depannya melalui perancangan yang teliti beserta komitmen yang tinggi terhadap apa yang hendak dicapai. Dia juga harus rela dan mampu bersaing walaupun tiada rakan sekeliling yang sedia bantuan.

  Katanya, adalah suatu pembaziran kepada negara sekiranya kerajaan menghabiskan jutaan ringgit menghantar pelajar ke luar negara tetapi pelajar-pelajar ini tidak dapat mencapai kecemerlangan ataupun menjadikan diri mereka setara dengan pencipta atau pelopor inovasi dunia serta memahatkan nama dalam lipatan sejarah pembangunan bangsa dan masyarakat.   

  Katanya lagi, walaupun kita telah berjaya melahirkan puluhan ribu lulusan IT, Perubatan, Kejuruteraan dan pelbagai lagi, namun negara masih tandus dengan pakar-pakar, bijak-pandai, pereka-cipta. Bahkan sehingga kinipun mereka tidak mampu menandingi saintis dan teknologis Barat, seperti juga graduan IT kita yang tidak mampu mencipta sesuatu seperti perisian facebook.

  Ceramah beliau pada kali ini, nampaknya telah menarik minat beberapa kelompok pelajar. Dengan itu, beliau menaruh harapan jika Kolej MARA Banting dapat melahirkan sekurang-kurangnya seorang pelajar yang dapat menempa sejarah sebagai saintis atau pakar dalam apa saja bidang yang diambil.

WaLlahhu a'lam.

[11.00 pagi, 4 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

 

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

5 Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012