|
Tahun
ini adalah tahun
Hi-Fos.
Demikian jangkaan kami
apabila kami dapati awal tahun ini pesanan dan permintaan terhadap Hi-fos
tiba-tiba meningkat.
Demikianlah juga pengalaman pengamal yang
merumusnya pada tahun lalu. Apabila anak kedua pengamal memasuki program
Asasi dan Diploma IB, beliau mendapati kesan Active IQ merosot sedikit
terhadap keupayaan minda dan semangat kerjanya. Justeru beliau bertukar
kepada Hi-Fos. Alhamdulillah, berjaya dan berkesan.
Sebenarnya Hi-fos telahpun
diperkenalkan oleh HBI sejak tahun 2005 lagi. Ia memang dirumus khusus untuk
orang dewasa, khususnya yang bekerja dan kembali belajar. Bukti-bukti
klinikal yang diperoleh agak sederhana sehinggalah pada akhir-akhir ini.
Hi-fos dalam "potensi tinggi" homeopati membantu dalam
masalah sukar memberi konsentrasi dan
kelemahan mental. Ia menyegarkan di siang
hari dan membantu masalah tidur di malam hari. Penawar ini berasal daripada
garam mineral Potasium Fosfat, yang amat berharga bagi
membekalkan tenaga, baik mental maupun fizikal.
Sebagaimana yang dimaklumi oleh para pengamal
homeopati dan biokimia, potasium dikatakan mempunyai banyak gunanya,
termasuk ketika menghadapi saat
stres. Selain itu, kandungan potasium fosfat berpotensi homeopati dalam Hi-Fos
juga baik bagi sakit kepala kerana tensi akibat kelemahan intelek.
Sebagai penawar homeopati yang bebas dadah, ia selamat digunakan oleh remaja
dan orang dewasa. Ia sangat berguna jika diambil ketika menghadapi peperiksaan atau
persediaan untuk presentasi bagi memperkasa minda.
Hi-fos boleh diambil
sebagai keperluan tenagan
sebelum seseorang memulakan perantauan atau dalam perjalanan. Saranan dosej ialah
sekali sahaja dalam sehari. Jika perlu,
maksimum dua kali sehari.
Hi-Fos,diiklankan
sebagai
"PENERAJU DUNIA
MASYARAKAT DEWASA DAN
MEMBEKAL TENAGA ZAMAN".
Berasaskan simptom
ujibukti penawar yang
dikandunginya, ia diyakini berguna untuk
tujuan berikut:
-
Untuk bertindak bila
kekurangan tenaga saraf.
-
letih minda dan tubuh
kerana banyak fikir.
-
meningkatkan keupayaan
memori yang lemah.
-
pelupa dan deria lembab.
-
resah gelisah dan
berfikiran negatif.
-
semangat lemah dan tidak
sabar
-
berguna bila rasa tidak
selamat, serba salah,
bimbang dan takut
-
kemurungan, risaukan
kerja dan bisnes
-
tidak ingin bertemu
orang lain
-
sakit kepala,
rasa mencucuk dan
vertigo.
-
mata kepanasan dan sakit,
lemah pemandangan atau
kelabu mata.
-
mudah penat selepas
membuat sesuatu kerja (termasuk
lepas bersenggama).
-
badan dan anggota lengan
kaki rasa berat dan
lemah
-
ia baik untuk
mengembalikan tenaga
yang hilang. berkesan
bagi lemah-lemah selepas
demam.
-
diambil
jika rasa penat bagi mereka
yang menghidap anemia.
-
untuk tulang cedera,
bila rasa sakit dan
sengal.
-
sakit dalam tulang jenis
skiatika.
Kesimpulan daripada
keterangan di atas ialah, jika anda
gagal memperbaiki prestasi
minda dan saraf dengan
sebarang penawar atau
ubatan lain,
berjinak-jinaklah dengan
Hi-Fos. Mudah-mudahan anda
mendapat sebahagian
daripada kebaikannya.
WaLlahhu a'lam.
[9.00 mlm,
29 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|