|

Kegiatan dan perkembangan
dunia internet hari ini telah melahirkan ramai wartawan dan blogger
yang tidak dapat dipantau secara menyeluruh. Apa-apa berita saja boleh
keluar dan menjadi repot akibat dihebohkan sekian rupa, apa lagi
apabila ada gambar sebagai sokongan.
Inilah juga yang
berlaku kepada Nur Amalina Che Bakri, (pelajar cemerlang 17A1
pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005)
yang pada awalnya heboh di dalam facebook, kemudian keluar di dalam
pelbagai blog dan akhirnya menjadi tajuk utama dalam beberapa akhbar
tempatan dan digital, termasuk The Malaysian Insider semalam.
Amalina mengakui dirinya sedikit tertekan dengan perkara tersebut,
namun begitu, beliau dikatakan tidak mudah melatah, bahkan terus
menghubungi ibunya untuk mendapatkan pandangan.
Ini merupakan perkara lumrah yang dihadapi semua orang apabila
berhadapan dengan fitnah maupun gosip. Di dalam temuramah melalui
sidang video skype di rumah ibunya serta disaksikan oleh wartawan
daripada beberapa akhbar, Nur Amalina dilaporkan berkata:
“Saya terus hubungi ibu, saya sudah lali, namun begitu, perkara itu
adalah tidak benar, itu hanya cerita negatif ... saya tidak boleh
menutup mulut orang untuk bercakap.
“Saya hanya jadi diri saya dan terima segala pandangan negatif itu,”
demikian katanya yang pernah dikaitkan dengan isu yang mengatakan
dirinya gagal dalam peperiksaan dan pulang senyap-senyap ke tanah air.
Mengulas berkenaan isu memakai “legging” yang dikatakan menampakkan
kulitnya, Amalina menjelaskan, “legging” berkenaan merupakan
pemberian ibunya dan gambar tersebut diambil ketika mereka bercuti
di Paris dua tahun lalu.
“Tak kan ibu nak beri saya pakaian yang koyak-koyak untuk anaknya
pakai, itu cuma corak sahaja, saya suka berfesyen, dan ibu sendiri
tidak halang hobi saya,” jelasnya.
Menjawab pertanyaan berkenaan gambarnya dengan seorang lelaki, Amalina
menjelaskan, “itu adalah rakan karib saya, ibu kenal dia, gambar itu
diambil semasa majlis hari jadi saya."
“Sebenarnya ada lagi seorang rakan perempuan saya dalam gambar, tetapi
telah di ‘crop’,” katanya.
Demikian
antara isi wawancara melalui sidang video skype. Kita semua sama-sama
berdoa agar beliau terus tabah menghadapi semua isu yang muncul hasil
daripada perkembangan media internet dan globalisasi.
Kita juga
berharap agar beliau dapat melalui hidup dengan lebih positif;
mengambil ibarat semua yang berlaku ini sebagai iktibar serta harus
bersikap lebih berhati-hati dalam menonjolkan diri dan berbicara
melalui facebook atau sebarang laman sosial.
Khususnya
apabila beliau merupakan ikon pelajar cemerlang dan menjadi perhatian
berita seakan artis-artis TV dan filem.
WaLlahhu a'lam.
[11.00
mlm, 5 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|