|

Walaupun "Cinta Facebook"
atau seperti telah diterjemahkan secara literal sebagai "Cinta Mukabuku"
merupakan sebuah lagu biasa, namun itulah lagu yang telah menaikkan nama
Najwa Latif.
Umumnya lagu itu
memang tidak dapat disamakan dengan lagu-lagu tersohor seperti
lagu-lagu nyanyian Siti Nurhaliza dan lain-lainnya baik dari segi
lirik, vokal ataupun seninya.
Tetapi lagu "Cinta Muka buku" amat berkaitan dengan laman facebook
yang menjadi kegilaan remaja dan orang ramai di Malaysia. Seperti
lagu Rebecca Black "Friday" yang berjaya menjulang namanya dari segi
populariti, demikian jugalah lagu "Cinta Muka buku" menjadi kegilaan
remaja kerana ia berkaitan dengan aktiviti kanak-kanak dan remaja,
bahkan orang dewasa hari ini.
Justeru lagu Najwa Latif ini telah mencapai
5,253,639 meskipun
baru diupload oleh beliau (Najwa595) pada bulan Julai 2011. Begitu
juga apabila Mizuko5441 upload liriknya pada 23 Mei 2011, ia juga
telah mencecah lebih 3 juta viewer pada tarikh artikel ini ditulis.
Kenaikan
populariti Najwa Latif ini menyebabkan aktiviti beliau menjadi padat
di mana beliau dijemput ke majlis-majlis untuk persembahan
hampir saban hari sehingga ke tahun baru 2012 (berpandukan catatan
beliau dalam facebook).
Dan perkembangan populariti
ini masih berterusan. Sehinggakan pada akhir-akhir ini dilaporkan
beliau juga dijemput ke Kelantan bagi mengisi malam program "Kelantan
Got Talent, Ladies Night".
Seperti artis-artis lain
seumpama Mawi, Siti Nurhaliza ataupun Wali Band, apabila beliau
dijemput ke Kelantan, perkara ini tentulah sangat istimewa kerana
Kelantan bukanlah sebuah negeri yang mudah menerima persembahan artis.
Tentulah suatu penilaian yang
amat teliti dengan kriteria yang ketat telah dibuat sebelum seseorang
artis itu dijemput untuk mengisi program anjuran kerajaan negeri,
khususnya yang akan diadakan di Kelantan
Trade Centre pada 23
Januari 2012 itu.
Walau apa sekalipun, kita
semua mengucapkan tahniah kepada Najwa atas jemputan itu.
Mudah-mudahan rakyat Kelantan dan program Jawatankuasa
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri
mendapat impak terbaik daripada persembahan beliau.
WaLlahhu a'lam.
[7.30
pagi, 8 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|