|
Pada 23 hingga 16 Januari 2012, konsultan kami
telah mengikuti rombongan pentadbiran sebuah kolej, iaitu Kolej MARA
Banting ke Bahrain atas jemputan sebuah universiti Ireland, iaitu
Royal College of Surgeon Ireland (RCSI).
Lawatan itu dikatakan berhasil menjalin
hubungan yang lebih akrab di antara kolej MARA berkenaan yang
melaksanakan program International Baccalaureate (IB) dengan RCSI.
Harapan mereka ialah untuk sama-sama mencari kesefahaman dalam
penajaan yang lebih meluas selain penajaan ke RCSI Dublin, Ireland
Meskipun sebuah universiti tempatan iaitu
Universiti Perdana dikatakan turut menawarkan kursus perubatan yang
sama dengan kerjasama RCSI, namun sesetengah pelajar lebih gemar untuk
belajar di luar negara berbanding di dalam negara.
Sehingga kini, meskipun Universiti Perdana
telah mendapat pelajar-pelajar tajaan JPA di tempat mereka, MARA masih
belum menghantarkan seorang pelajarpun. Dengan lawatan kumpulan
berkenaan, MARA mungkin mendapat suatu ruang baru dalam penajaan ke
RCSI kerana kos belajar di RCSI Bahrain dikatakan lebih rendah,
kalaupun tidak sama dengan kos belajar di universiti berkenaan di
Malaysia.
Dalam lawatan selama tiga hari itu,
konsultan kami dan rombongan berkenaan bukan saja sempat melawat RCSI
Bahrain, malah juga ke hospital-hospital di mana pelajar-pelajar RCSI
Bahrain ditempatkan bagi tujuan housemanship.
Difahamkan bahawa King Hamad University
Hospital yang dilengkapi dengan peralatan tercanggih dan termoden
berbanding hospital-hospital lain di kawasan negara-negara Teluk itu
akan menjadi hospital utama bagi tujuan latihan pelajar tahun 3 ke
atas.
Selain hospital King Hamad University
Hospital yang berdekatan dengan RCSI Bahrain, pelajar-pelajar yang
belajar di sana akan ditempatkan juga di beberapa buah hospital lain
di Bahrain. Ini termasuklah Hospital Tentera yang dikenali sebagai
Bahrain Defence Force
Royal Medical Services.
Di dalam siri lawatan singkat itu, mereka
bukan saja sempat berbincang rangka kerjasama dengan pihak pengurusan
universiti, malahan dapat juga berpeluang bersemuka dengan pemimpin
pelajar di sana dan meninjau rumah-rumah kediaman pelajar.
Kami difahamkan bahawa universiti
berkenaan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Pelajar mereka yang
paling ramai ialah daripada Canada, diikuti dengan Amerika Syarikat,
Pakistan, Jordan, United Kingdom, Iraq, India, Mesir, Ireland dan
lain-lain bangsa termasuk rakyat Bahrain.
WaLlahhu a'lam.
[11.40 ptg,
27 Jan 2012]
- Admin drhatta.com.
|