Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi.

Latest Articles
2012
Advertisement
 
Tahun Baru 2012: Akan berlakukah Transformasi?


Hari ini aku bangkit dan memerhatikan gelagat anak-anakku. Kemudian diajak oleh teman-teman, seorang teman ofis lama dan seorang Ketua Pengawal Keselamatan. Kata mereka, "Jom, kita makan roti canai?"

  Aku terfikir.., roti canai Tahun Baru 2012 kah ini? Agak-agak tu ada perbezaankah dengan tahun yang beraklhir semalam. Lantas aku terpaksa meninggalkan komputer yang "hang" dengan tiba-tiba. Tak sempat mencatat apa-apapun pada facebook yang baru dibuka.

  Apa yang ingin aku catatkan hanyalah persoalan semalam, tetapi dengan suatu refleksi baru. Apakah kita semua berubah pada hari ini? Mudah sahaja, kalau betul-betul hendak kenalpasti. Iaitu tanya soalan ini..

  Jam berapa anda tidur semalam? Apakah anda ke Dataran Merdeka atau ke mana-mana lokasi bagi tujuan menyambut tahun baru pada detik 12 malam? Ataukah anda berada di depan kaca TV, pun menunggu detik dan acara menjelang dan selepas 12 malam? Atau mungkin anda bersama teman-teman di jalanan merempit bersama kawan-kawan menyelusuri hiway Tahun Baru. (Ataukah anda telahpun melakukan sesuatu yang sangat baru...itu suatu petanda!!)

  Jika anda termasuk dalam perlakuan contoh-contoh di atas atau anda masih melakukan perkara yang sama seperti anda menunggu Tahun 2011 pada tahun lalu, maka itu bermakna anda tidak pernah berniat untuk berubah. Rutin anda sama dengan tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya.

  Satu pengecaman lagi.. Jam berapa anda bangun pagi ini? Jika seperti tahun lalu juga, anda bangun selepas jam 6.30 pagi atau lagi lewat atau justeru dikejutkan oleh ibu dan ayah, maka anda masih di takuk lama.

  So, bilakah anda akan pikul beban sebagai seorang individu baru, yang merdeka dalam menentukan pilihan, yang bakal melayar bahtera baru menuju destinasi baru untuk lagi 365 hari?

  Sekali lagi kami membawa mesej ini. Kita harus melakukan suatu transformasi total, meletakkan suatu target baru untuk pencapaian terhebat buat kesekian kalinya. Apapun matlamat, terserah kepada anda, anda yang tentukan sendiri. Anda adalah kemudi bahtera anda dan jangan biar kemudi bahtera itu berjalan sendiri.

  Binalah satu landmark baru untuk tahun 2012 ini. Lakukan suatu inovasi dalam laluan hidup anda yang normal dan rutin itu. Laksanakan sesuatu yang jika anda meninggalkan alam ini, semua famili, rakan dan taulan, bahkan seluruh bumi bertuah ini maupun sejagat raya akan menangisi bila mana kehilangan atau ketiadaan anda. Ayuh.. berubahlah!!

  Bukankah itu yang berlaku bila mana RasuluLlah s.a.w. meninggalkan para sahabat dan kaum muslimin? Bukankah itu juga keadaannya bila Abu Bakar r.a. dan Omar r.a. menghembuskan nafas yang terakhir. Tidakkah begitu ramai memperkatakan tentang Steve Jobs apabila beliau melepaskan alam ini pada akhir tahun 2011?

 Salam Tahun Baru sekali lagi. Sila beri komen anda.

[10.55 pagi 1 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

5 Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012