Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement
 

SUBKY LATIF: TENTANG HASSAN ALI... Dan Apa Kata Hassan Ali.


Semalam, Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar “muhasabah diri” tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga sanggup mendakwa wujud “parasit” dalam parti Islam itu.

  Komen Mohd Sayuti Omar dalam Harakah "Antara parasit dan pelesit.." pada hari yang sama mungkin lebih pedas.

  Subky Latif pula secara analogi telahpun menyatakan penjelasan mengapa pemecatan itu harus dilakukan dalam artikel sebelumnya bahawa "Kalau kaki kencing manis, tidak potong merugikan."

  Lebih menarik dan penjelasan teratur Subky dinyatakan sekali lagi dalam artikel yang disiarkan harakahdaily selepas pemecatan itu iaitu "Hasan boleh bebas melayang di angkasa raya".

  Antara lain kata beliau, "SUDAH tentu PAS rasa amat dukacita memecat keahlian Dato Hasan Ali kerana ia amat jarang memecat ahlinya.

Bukan mudah untuk mendapatkan seorang Islam dan rakyat Malaysia menyertai parti itu dalam negara yang memberi banyak pilihan kepada setiap rakyat, maka tentulah tidak mudah pula ia memecat ahlinya, apa lagi ahli itu ada sedikit sebanyak jasa dan sumbangannya.

Sudah tentu pada PAS setiap yang menyertainya, diharapkan tidak menyertainya untuk satu ketika tetapi sebolah-bolehnya biarlah dia mati dalam parti itu.

Jika boleh kita mahu ada dalam PAS seorang  ahli macam Dato Ibrahim Ali bagi UMNO, sesudah dihina  dan dipecat dari ahli seumur hidup, dia tidak berubah setia pada UMNO, menunggu untuk diterima semula menjadi ahli UMNO. Ketika UMNO tidak bercadang untuk mengambilnya semula, dia buat macam-macam kegiatan untuk partinya yang membuangnya itu."

  Katanya lagi, "Apa pun Hasan tentu tidak dipecat sampai mati. Dia ada peluang untuk merayu kalau mahu, kalau dia rasa parti itu dapat menjadi saluran kepadanya memperjuangkan kepentingan Islam, bangsa Melayu dan raja. Itu pun kalau dia mahu jadi macam kebanyakan ahli PAS yang bercita-cita untuk mati sebagai ahli PAS.

Tentu ramai yang pilu atas tindakan ke atasnya, bahkan mengeluarkan air mata, tetapi tidaklah air mata itu sampai menjadi sebatang sungai baru  di Selangor. Justeru setiap ahli PAS ada juga jasanya disamping ada sebab musabab dia terpaksa dipecat."

  Menarik juga bila beliau mendedahkan senario bagaimana orang baru seperti Hassan Ali boleh terpilih seperti, "Hassan Ali tidak perlu menunggu 10 tahun untuk menjadi ahli Jawatankuasa Pusat dan Naib Presiden parti. Dan diberi  amanah selama lapan tahun jadi Pesuruhjaya PAS Selangor.

Di Selangor dia jadi orang PAS yang paling bertuah sepanjang sejarah, menjadi Exco kerajaan Negeri Selangor apabila Pakatan memerintah. Orang yang lebih besar dan lama perjuangannya di Selangor tidak sebertuah sepertinya.

Saya tahu sedikit sebanyak masalah dalaman parti. Penggal pertama Hassan menjadi pesuruhjaya, dia telah tidak menjadi calon tunggal untuk menyambung amanah itu. Dia sudah tidak dinamakan, tetapi Jawatankuasa PAS memberi peluang kepadanya untuk menjadi PJ lagi hinggalah ke tahun 2011.

Setakat dia mempertikai dasar terkini PAS secara terbuka, PAS tidak begitu segera untuk bertindak drastik, tetapi apabila dia boleh menserba-salahkan hubungan PAS dengan sekutu-sekutunya dalam Pakatan Rakyat, maka PAS tidak banyak pilihan melainkan.

Sekarang Hasan sudah bebas, seperti burung dia boleh terbang melayang sejauh mana dan setinggi mana pun  di  angkasa raya. Dia boleh kata apa yang dia rasa perlu kata. Dia boleh hinggap di mana dahan yang ada.

Melepaskannya dari PAS adalah untuk membebaskannya bersuara bebas seperti yang  dijamin oleh perlembagaan negara."

  Demikian kenyataan Subky Abdul Latif yang boleh dikongsi bersama berkaitan isu Hassan Ali.

  Sementara itu, di sebalik hentaman dan kenyataan Hassan Ali berkaitan keputusan pemecatannya dan bahawa ada parasit dalam PAS, the Malay Mail memetik bahawa beliau masih menyatakan bahawa,

  "Datuk Seri Abdul Hadi Awang remains my president and Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat is still my spiritual leader. If it is fated and the parasites are no longer with PAS, I will fill in a new form to rejoin PAS."

  Kenyataan Hassan Ali itu menimbulkan tanda tanya baru. Jadi apakah sebenarnya isu yang cuba didedahkan Hassan Ali?  Apakah Subky Latifpun harus menyambung catatannya?

  WaLlahhu a'lam.

[18.30 mlm, 18 Jan 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Februari

Produk 1Malaysia

Januari 2012

Alatan Stadium Dicuri

Hi-Fos: Minda 2012

Masalah di Manama

Lawatan ke Bahrain

I-City Shah Alam

Tasly Check-up

Subky Latif: Tentang Hassan Ali

Baucar BB1M

Bank Islam Lagi

Apex Nafikan

Aziz Bari Saman

Respons Keputusan Anwar

Respons Hassan Ali Dipecat

Bank Tidak Kemaskini

Najwa Latif Cinta Facebook

Nur Amalina Mangsa

Kualiti Cemerlang

Papan Hitam ke Tablet PC

Demo UPSI: Apa Kata Mufti?

Selamat Tahun Baru!!

Selamat Tahun Baru 2012