Hari ini Perdana Menteri menyebut bahawa perjanjian
telahpun ditandatangani dan isu gaji minimum RM700 dan amah melaksanakan
satu tugas rumah sahaja tidak wujud dan tidak patut timbul.
Semalam apabila Utusan Malaysia melaporkan mengenai penetapan supaya amah dari
Indonesia melakukan hanya satu tugas khusus di rumah majikan dengan gaji
minimum RM700, isu itu telah menjadi polemik besar di kalangan masyarakat
dan aktivis di Malaysia.
Laporan yang menyatakan ada satu perjanjian
baru untuk kerja, gaji dan upah lebih masa amah Indonesia telah dibantah
oleh beberapa kumpulan di Malaysia, mengikut laporan media tempatan.
Berikutan itu, Malaysian Insider turut melaporkan bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM)
meminta kerajaan agar menilai kembali keputusan berkenaan amah dari
Indonesia hanya melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700
sebulan.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata ketetapan tersebut
akan menimbulkan kesukaran dan membebankan pihak majikan di Negara ini.
“MBM melihat hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara
kerajaan Indonesia dan Malaysia seperti berat sebelah dan banyak
menguntungkan amah, sebaliknya membebankan pihak majikan."
“Dalam tempoh jangka panjang, MBM berharap kerajaan dapat mengambil
inisiatif bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap tenaga kerja
Indonesia.”
Demikian kenyataan beliau yang turut menyeru
agar rakyat Malaysia beralih kebergantungan
pembantu rumah dari Indonesia kepada negara-negara lain yang bersesuaian dan
tidak mengenakan syarat ketat.
Kami juga turut menyeru agar isu ini
dbincangkan di peringkat nasional agar masalah keperluan amah ini dapat
diselesaikan secara global dan bijaksana. Ini adalah justeru urusan memasak,
mengasuh bayi dan mengemas rumah boleh dilakukan oleh isirumah sendiri.
Isu yang berdepan dengan generasi baru ini
wujud berikutan majoriti ibu bapa isirumah bekerja dan tuntutan kerja
memerlukan masa yang lebih disumbangkan oleh kedua ibu dan bapa.
Bagaimanapun, jika teramat perlukan amah sekalipun tentu rakyat Malaysia
sendiri boleh diambil bekerja.
Apa lagi jika ada ketetapan gaji minimum sampai
melebihi RM700 sebulan, pasti kekosongan ini boleh menarik sebahagian rakyat
Malaysia sendiri, sama ada dari kalangan yang menganggur ataupun yang
tinggal di pendalaman. Mungkin pihak berkenaan boleh menyediakan tempat
latihan khusus buat bakal amah ini seperti mana yang dilakukan oleh
Indonesia juga.
Demikian juga, dalam keadaan tiada rakyat
Malaysia boleh melakukannya, kita tidak semestinya mengambil amah itu
daripada Indonesia sahaja. Pilihan juga boleh dibuat di kalangan pendatang
daripada Thailand dan Filipina sebagai contoh.
WaLlahhu a'lam.
[008.20 mlm, 18 Mac 2012]
- Admin drhatta.com.
|