|
Asma merupakan suatu penyakit yang
kerap dialami oleh sebahagian penduduk bumi. Di Malaysia, dianggarkan antara
4.1 hingga 4.5 peratus penduduknya menghidap asma. Kebanyakan mereka yang terkena
asma selalunya membawa simptom penyakit ini hingga ke akhir hayat.
Antara tanda-tanda mengalami asthma ialah kedengaran bunyi ketika bernafas
(wheezing), batuk berlendir, dada berasa ketat dan tidak puas menarik
nafas.
Semasa serangan asma, lapisan saluran pernafasan
membengkak, otot di sekitar saluran udara akan mengetat dan mukus tersumbat
di saluran kecil dalam paru-paru menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Dalam menangani kes
asma ini, saya tertarik dengan tulisan Dr. Zubaidi Hj Ahmad
yang beberapa kali menulis berkaitan asma. Salah satu tulisan beliau ialah
berkaitan: Bagaimana asthma dikaitkan dengan amalan minum
air?
Dalam hal ini beliau telah
membawa pendapat Dr. F. Batmanghelidj, seorang doktor Iran
yang mengutarakan teori bahawa asthma dan masalah alahan yang lain berkait rapat dengan
dehidrasi. Menurut beliau, dehidrasi bukan saja disebabkan tidak meminum air.
Tetapi ia juga boleh disebabkan meminum minuman
berkafein, seperti kopi, dan soda serta minuman beralkohol.
Dr. Batmanghelidj mendakwa ramai pesakit asma yang
sembuh
dengan memastikan meminum air yang cukup dalam sehari iaitu 8 gelas sehari
secara berkala. Justeru beliau mencadangkan agar seseorang itu minum sekurang-kurangnya 2-3 gelas
air selepas bangun tidur, 2 gelas 1/2 jam sebelum memulakan makanan, 1-2 gelas
setiap selepas makan, dan 2 gelas sebelum tidur.
Di dalam teori itu beliau
mengatakan, banyak air digunakan untuk proses penghadaman makanan dalam perut. Dengan meminum
air sebelum ½ jam makan, pengeluaran enzim dan asid dalam perut
telah disediakan . Jika tidak meminum air sebelum makan, air terpaksa diambil
dari bahagian tubuh lain dan ini menyebabkan dehidrasi dalaman.
Apabila badan mengalami dehidrasi, kepekatan
histamin dalam darah bertambah. Ia akan menyebabkan tubuh memberikan
tindakbalas yang kuat pada saluran pernafasan terhadap rangsangan yang ringan.
Selain itu lendiran yang dikeluarkan dalam paru-paru akan menjadi pekat.
Dr. Batmanghelidj mencadangkan lagi, bagi pesakit yang
mengalami alahan kulit yang kronik, air yang banyak perlu diminum bagi membantu
proses penyembuhan. Begitu juga jika pesakit mengalami tanda-tanda alahan yang
lain seperti gatal-gatal, bersin dan batuk yang kering, perlu meminum air dengan
banyak.
Hanya malang sekali, teori-teori beliau tidak
diterbitkan dalan jurnal-jurnal perubatan kerana kekurangan bahan kajian. Namun
begitu kebanyakan doktor termasuk Dr. Zubaidi sendiri berpendapat (merasakan) pesakit asma dan
alahan kulit harus meminum air yang secukupnya. Katanya, dengan cara ini mereka dapat
mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Bukan saja kami bersetuju
dengan pandangan di atas, malahan kami ingin mengutarakan agar pesakit asma
mencuba juga rawatan lain selain ubat-ubat alopati.
Antaranya ialah rawatan
secara konstitusi dalam amalan homeopati. Cuma, masalahnya kita kekurangan
mereka yang benar-benar pakar dalam pengurusan kes secara klasikal.
Untuk tujuan rawatan segera
dan pencegahan pula, Homeo-ABC diformulakan supaya pesakit yang bermasalah
boleh juga mendapat bantuan segera secara alternatif dalam keadaan terdesak,
termasuk mereka yang terpaksa menggunakan nebulizer.
Seperti yang telah dibuktikan
melalui testimonial, ada pesakit yang selama ini bergantung kepada inhaler
berjaya dilegakan dengan mengambil dua atau tiga dos Homeo-ABC sahaja.
Ini berita yang
menggembirakan sekali bagi mereka yang pernah mencuba penawar ini. Justeru
kami juga menyarankan produk ini, tetapi dengan tidak mengenepikan alat
inhaler itu di peringkat awal.
Tapi cubalah ABC. Insya
Allah, kita tidak kerugian, terutama apabila ianya tidak mempunyai kesan
sampingan seperti umum didapati dalam ubat dadah.
WaLlahhu a'lam.
[07.30
pg, 8 Mac 2012]
- Admin drhatta.com.
|