![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||
|
SEJAUH MANA BAKTERIA MENYEBABKAN PENYAKIT? |
||||||||||||||||
|
Dalam perubatan homeopati, bakteria tidaklah menjadi musuh yang ditakuti sebagaimana umum mempercayainya. Kepercayaan umum terhadap dahsyatnya kemerbahayaan bakteria maupun virus juga asalnya berlaku sejak penguasaan perubatan moden dalam kehidupan yang terlalu memberi fokus kepada makhluk halus dan seni itu. Laporan yang disiarkan oleh Yahoo bersumberkan realbuzz.com mungkin mengejutkan masyarakat yang terlalu fobia terhadap makhluk itu. Antara lain, laporan itu menyebut, "Di dalam kehidupan seharian, kita dikelilingi - malah kulit manusia yang sihat itupun dipenuhi oleh sekitar 1000 spesis bakteria yang berlainan. Sebaliknya, jauh berlainan daripada kepercayaan umum, kebanyakan bakteria tidaklah merbahaya, bahkan sebenarnya kurang daripada satu peratus daripadanya yang menyebabkan penyakit. Tambahan pula, banyak jenis bakteria adalah sebenarnya baik untuk anda, termasuk bakteria yang hidup di kulit dan di dalam gaster." Jika kita kembali bertanya kepada amalan perubatan tabii atau secara khususnya homeopati, bakteria tidak pernah dianggap sebagai musuh yang ditakuti. Dalam homeopati, kalaupun masyarakat terdedah kepada virus influenza ataupun kuman jahat (sebagai contoh), tidak semua anggota masyarakat itu akan sakit. Yang sakit hanyalah mereka yang tidak kebal dan lemah kuasa hayatnya. Hakikat ini telah terbukti setiap kali sesuatu masyarakat itu mendapat serangan virus atau bakteria. Bahkan para pelanggan pusat pelacuran yang melanggan perempuan yang sama sekalipun, tidak kesemua pelanggan itu mendapat HIV maupun STD. Yang tidak mendapatnya merupakan orang-orang yang sihat dan kuat kuasa hayatnya (ini bukan menggalak, ya!!) Dalam perubatan homeopati mereka percaya, orang yang mudah dijangkiti penyakit itu adalah justeru pada asalnya tubuh orang itu lemah, sistem pertahanannya sudah tidak kuat dan hilang keseimbangan tenaga hayat. Justeru bila terdedah kepada makhluk halus itu, menjadi mudahlah dia sakit Jika dalam biokimia, ia dikatakan berlaku apabila keseimbangan semua mineral yang diperlukan manusia itu sudah tidak berada dalam tahap sepatutnya. Kerana itu juga, kita dapati konsep rawatan dalam homeopati amat berbeza. Jika perubatan moden mengguna antibiotik dan bahan-bahan tertentu bagi membunuh kuman dan virus, homeopati akan hanya memberikan penawar bagi memperkuatkan tenaga hayat dan seterusnya bekerjasama dengan tubuh badan kita menghapuskan musuh itu. Dengan cara itu, tubuh kita juga akan menjadi kuat bagi menghadapi musuh yang sama di masa akan datang. Wa Llahu 'alam. [11.50 mlm, 31 Mac 2012] - Admin Dr.Hatta.com |
|
||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.