Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Malek Noor Pecah Rekod Lagi

Bagi generasi yang lahir tahun 1950an, 60an dan 70an khususnya, mereka tentu masih ingat dengan nama Malek Noor. Malek atau Abdul Malek Mohamed Noor dikenali bukan sahaja sebagai jaguh bina badan, malahan beliau seumpama idola pemuda-pemuda di zamannya.

  Tentu sekali beliau dikenali sebagai jaguh bina badan Asia, khususnya peringkat heavyweight di mana belaiau menang sebanyak 6 kali. Beliau meraih banyak pingat dalam bidang ini sehingga pernah dinobatkan sebagai Olahragawan Negara Malaysia bagi tahun 1986 dan 1990.

  Selain itu beliau juga popular kerana pernah menjadi pelakon beberapa filem seperti Ujang, Juara, Pendekar Mata Satu dan beberapa filem lagi pada tahun 1980-an. Juga, tentu ramai yang masih ingat bahawa beliau kerap kali muncul dalam iklan-iklan TV, seperti iklan Sheltox.

  Hari ini bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor pada usia 56 tahun selamat bergelar suami. Isteri pilihan beliau ialah Pakar Pediatrik, yang bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu bernama Dr Wan Asma Wan Ismail

  Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad, 87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin. 

  Seperti dalam foto, Dr Wan Asma,52 tahun dan Datuk Malek , 56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

  Akhbar dan blog melaporkan bahawa dalam upacara akad nikah itu, bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor menamatkan zaman bujangnya dengan sekali lafaz sahaja. Dan ini merupakan hari bersejarah buat Datuk Malek.

  Diberitakan, pengantin wanita menerima senaskah al-Quran sebagai mas kahwin dan lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dan dibalas sembilan dulang hantaran oleh pengantin perempuan.

  Dr. Wan Asma seorang ibu tunggal mempunyai tujuh orang anak berusia antara 30 hingga 11 tahun serta empat cucu, manakala Malek mempunyai seorang anak angkat Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud yang kini berusia 2 tahun.

  Ketika ditemui pemberita beliau berkata, beliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki kerana apa yang penting perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

  Tahniah Datuk Malek. Semoga rumah tangga berkekalan di akhir hayat.

    WaLlahhu a'lam.

[10.00 mlm, 11 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia