Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Minyak Masak Recon (Terpakai) Di Pasaran: Halalkah?

Tidakkah anda terfikir bahawa minyak masak murah yang anda beli itu mungkin minyak recon atau bercampur halal haram. Atau tidak mungkinkah ayam, kentang atau pisang  yang digoreng di pasar-pasar malam atau di restoran makanan segera (fast food) itu juga menggunakan minyak recon yang dimaksudkan?

  Inilah antara dilema yang masih tidak berkesudahan. Di peringkat bawah ada sindiket kecil-kecilan yang membeli minyak masak terpakai dengan alasan membantu mengelakkan pencemaran. Tetapi hakikatnya, minyak yang dibeli itu kemudiannya disaring dan dibungkus serta diguna semula apabila ianya dijual kepada peniaga-peniaga yang memerlukan.

  Bagi mengelakkan ianya dikenalpasti, minyak itu dijernihkan dengan menggunakan bahan kimia tertentu, kemudian dibungkus semula atau ditinkan semula sebelum dijual. Antara minyak-minyak recon tersebut, ada juga yang dikeluarkan oleh syarikat atau kilang-kilang yang mempunyai jenama halal kerana ada di antara kilang-kilang itu mengamalkan sistem subkontrak pembungkusan minyak-minyak mereka yang bersifat generic.

  Perkara ini didedahkan oleh sekumpulan pekerja daripada Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman (YASTSR) yang terbabit secara langsung dalam bidang pemuliharaan alam sekitar. Mereka mendakwa bahawa mereka sudah menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan mempunyai bukti mengenainya.

  Kami sempat berbicara agak panjang dengan para pegawai Yayasan itu selepas mereka selesai memberi taklimat mengenai Alam Sekitar di sebuah Kolej berhampiran Dengkil, Selangor.

  Jelas Frederick Deo (gambar di atas), Pengarah Eksekutif Unit Perancangan Tunku Syed Razman Environmental Foundation, "Sebahagian minyak masak ini bercampur dengan minyak masak yang mengandungi lemak haiwan. Ini dapat dibuktikan apabila kami mengambil sampel dan membuat ujian. Bagi orang Islam, ini tentulah serius."

  Beliau juga menambah bahawa meskipun terdapat minyak masak tulen yang dikilang sendiri oleh Syarikat, iaitu seperti yang dikeluarkan oleh FELDA, FELCRA dan Lamm Soon, namun ada sesetengah Syarikat besar "outsource" proses pembungkusan dan mengakibatkan gejala minyak masak recon juga turut membabitkan syarikat-syarikat besar dan hipermarket.

  Menurut beliau perkara ini pernah didedahkan kepada media, dan telahpun dibawa berbincang dengan pihak-pihak berkenaan, tetapi nampaknya tiada tindakan bersungguh-sungguh diambil bagi mengatasi masalah ini.

  Beliau mengatakan bahawa hasil siasatan juga mendapati ada orang-orang tertentu menyalahgunakan kebenaran PBT untuk mendapatkan minyak masak terpakai itu. Walaupun mereka mengatakan ingin membantu menyelesaikan masalah pencemaran tetapi sebenarnya mereka membentuk bidang perniagaan baru dengan cara mengumpulkan minyak masak terpakai daripada restoran atau kedai makan, dan kemudiannya membungkus semula dan menjualnya ke dalam pasaran.

  Apabila kami memeriksa siaran media, kami mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pegawai daripada Yayasan itu mempunyai asas dan kebenaran. Umpamanya, pada tahun 2010, Berita Harian sendiri pernah menyiarkan berita mengenai penemuan ini.

  Antara pendedahan itu, seperti disiarkan di dalam Berita Harian suatu waktu dahulu,

  "..difahamkan minyak masak terpakai itu dibeli pada harga antara RM1.30 hingga RM1.50 sekilogram."

  "..syarikat terbabit turut dikesan bekerjasama dengan kilang memproses minyak masak atau kilang yang memproses bahan mandian seperti syampu, sabun serta bahan kosmetik untuk menjalankan kegiatan itu."

  Pengarah Yayasan Alam Sekitar Tunku Syed Razman, iaitu En Hassahari Johari Mawi juga pernah dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata,

  "Kita kesal kerana minyak masak ‘recon’ ini turut mempunyai logo halal pada pek plastiknya dan dijual pada harga lebih murah kepada peniaga restoran, kedai makan dan peniaga pasar malam."

  "Walaupun kegiatan ini belum berleluasa, ramai pengguna tidak menyedarinya dan apa yang membimbangkan ialah tahap ketulenan dan kesucian minyak berkenaan termasuk dari segi hukum syarak." 

  Selepas lebih setahun kenyataan akhbar itu dibuat, apakah pihak berwajib telah mengambil tindakan sepatutnya bagi menangani gejala dan masalah ini. Tidakkah umat Islam yang mengguna bahan-bahan ini terancam dari segi halal haram?

  Sudah tentu logo HALAL tidak cukup bagi mengesahkan bahan itu halal. Jika ditinjau pula dari sudut kesihatan, pastinya bertambahlah persoalan dan risikonya.

    WaLlahhu a'lam.

[11.55 mlm, 22 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia