![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||
|
Negeri Kelantan Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi |
||||||||||||||||
|
Dan sememangnya dalam tempoh lawatan Oki Setiana Dewi itu, konsultan kami tidak berkesempatan online justeru aktiviti yang padat berkaitan urusan kerja. Namun rakaman yang menunjukkan artis Indonesia itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani itu menarik perhatian sekali. Pertama-tamanya, Oki Setiana Dewi telah menyatakan bahawa beliau amat berterima kasih kerana diundang untuk melawat Kelantan. Kemudian katanya, "Pertama kali saya datang ke Kelantan bersama ibu saya dan manager saya, ketika datang ke Kelantan saya sudah mendengar kuliah dan ceramah agama dari masjid ke masjid yang lain, kemudian tadi pagi saya sempat solat subuh di Masjid Muhammadi, dan banyak sekali jemaah di sana, kemudian err.. saya sempat mengikuti kuliah ..bersama Tok Guru , dan saya sangat menghormati beliau kerana pertama kali bertemu saya sudah bisa melihat betapa zuhudnya beliau, betapa tawadhu'nya beliau sehingga.. sangat pantas sekali rakyat Kelantan mencintai.. Tok Guru." Demikian antara petikan rakaman itu dan di akhirnya beliau menyatakan "bahagia sekali dapat hadir di negeri seumpama ini". Kami percaya ini merupakan kata-kata yang jujur dan ikhlas daripada beliau terhadap negeri serambi Mekah pimpinan Tok Guru itu. Sebagai rakyat Kelantan, maupun rakyat Malaysia, wajarlah kita semua turut berbangga atas pujian itu. Sebagaimana yang kita semua tahu, Oki Setiana Dewi merupakan pelakon filem “Ketika Cinta Bertasbih” yang pernah disiarkan di TV Astro tidak lama dulu. Filem itu dikatakan diambil dari novel Islami terkenal hasil karya Habiburrahman El-Shirazy. Oki telah diberi peranan sebagai ustazah Ana dalam filem tersebut.
Biarpun kelewatan, kami memuatkan berita ini dan sajak Oki Setiana Dewi yang dideklamasi beliau sendiri di akhir lawatan dan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan di mana beliau berkesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat itu di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.
Sajak puisi beliau seperti di bawah:
Negeri Kelantan Seindah
Namamu
Tanah Serendah
Sekebun Bunga
Negeri Tadahan
Wahyu
Cik Siti Wan
Kembang
Cukup indah
namamu
Seindah
negerimu
Duhai
Wajahmu nan
indah
Persis Jeddah
Yang pernah ku
lewati
Taat menjunjug
al-Quran
Teguh
menggalas syariat
Yang tidak
pernah goyah
Tersentuh hati
kudus ku
Lantaran aku
di sini
Biar tidak
pernah ku duga
Bertemu
seorang ulama’
Yang dicintai
rakyatnya
Lalu…
Kuntum rindu
yang lama tersimpan
Terubat jua
akhirnya
Biar sekelumit
Cuma
Beruntung
rakyatnya
Menumpang
teduh seorang ulama’
Yang lembut…
tapi tegas beribadat
Yang pengasih…namun
tidak goyah
Pada percikkan
kealpaan dunia
Pasti aku
merindui mu lagi
Entah kapan
bisa diubati
Cuma setitis
doa bisa ku titip buatmu
Moga sejahtera
selamanya
Memacu
Membangun
Bersama Islam
Moga kita
bertemu kembali
- Oki Setiana Dewi Wa Llahu 'alam. [5.00 pagi, 24 Mac 2012] - Admin drhatta.com. |
|
||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.