![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||
|
ISU CERDASKAN AKAL: HUJAH DR. AZIZAN SIRI 1 |
||||||||||||||||
|
Umur manusia berada pada tahap yang berbeza meskipun beberapa individu itu sama usia, sama latar belakang keluarga dan demikian juga dari segi pendidikan. Justeru, sesuatu hujah itu, meskipun boleh diterima oleh si A, namun bagi si B beliau tidak dapat menerimanya. Pernah berlaku dalam sejarah di mana Nicolas Copernicus (1473-1543) yang berbangsa Poland telah mengutarakan pendapatnya yang mengatakan bahawa bumi berputar mengelilingi matahari. Sedangkan pandangan beliau itu bertentangan dengan pendapat Ptolemy, pengkaji bintang Yunani yang masyhur Pendapat Ptolemy itu sudah mendapat tempat di hati masyarakat sejak 1,400 tahun yang lampau. Kerana itu, pihak Gereja telah menolak pendapat Copernicus dan menganggapnya sebagai bid'ah, sesat serta melarang sesiapapun menerimanya. Kemudiannya, Galileo Galilei (1564-1642), seorang pengkaji bintang Itali telah menerima pendapat Copernicus sambil mengemukakan hujah saintifik. Justeru, beliau juga dipanggil mengadap dan dibicarakan atas tuduhan menerima pendapat Copernicus. Beliau telah didapati bersalah menentang pendapat Gereja di Rom dan dipenjarakan seumur hidup. Demikian penjelasan yang pernah diberikan oleh Dr. Azizan tentang pertentangan pendapat yang berbeza sedangkan benar atau salah belum dapat ditentukan kerana kerdilnya ilmu manusia. Atas sebab itu, adalah lumrah apabila sesuatu rumusan dikeluarkan seperti remedi homeopati, tidak kira ianya remedi minda seperti Examo dan Active IQ, Hifos atau Homeo-ABC mendapat penentangan atau bidasan dari sesetengah kumpulan orang (tetapi kami sendiri belum menerima kritikan hebat sebagaimana Examo CKM 500). Kalaulah timbulnya pertentangan pendapat itu, ianya bukan saja biasa kerana tingkat pencapaian otak manusia itu berbeza, tetapi juga justeru pengalaman masing-masing orang adalah berbeza, bahkan juga justeru latar belakang pembelajaran dan ilmu masing-masing orang juga berbeza. Gembira sekali kami maklumkan respons terhadap produk rumusan kami dalam tempoh sepuluh tahun ini sangat baik dari segi keberkesanan berpandukan testimonial individu pengguna. Tetapi kami mengutip penjelasan ini kerana kalau ianya berlaku, semua pengguna produk homeopati boleh melihat pertentangan seumpama itu adalah gejala biasa. Khususnya apabila kita mengeluarkan suatu produk yang mungkin mendapat sambutan, persaingannya pula tinggi dan harganya murah. Bagaimanapun, apa yang menarik tentang titisan tinta Dr. Azizan itu ialah penjelasan beliau mengenai fungsi produk homeopati apabila ia diformulasikan sebagai penawar mencerdaskan akal. Benarkah ada penawar mencerdaskan akal? Ikuti artikel keesokannya tentang perbahasan Allahyarham Dr. Azizan Hj Ismail mengenai benar atau tidak ada ubat mencerdaskan akal. (yang mana kami sendiri hanya mempromosikan sebagai mencergaskan minda sahaja) Wa Llahu 'alam. [9.55 pagi, 24 Mac 2012] - Admin drhatta.com. |
|
||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.