![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||
|
ISU CERDASKAN AKAL: HUJAH DR. AZIZAN SIRI 2 |
||||||||||||||||
|
Ketika Dr. Azizan Ismail berusaha memberikan logik kepada audiensnya mengenai kemampuan formulasi minda dalam mencerdaskan akal manusia, beliau memulakannya dengan memetik frasa kata peninggalan orang Malayu dahulu kala yang pernah berkata "Otak subur akal cerdas". Pendapat orang Melayu ini dikatakan tidak bertentangan dengan hasil penyelidikan Profesor Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia, yang turut mendapati otak orang cerdik berkeadaan lebih subur tumbuhan dendron dan dendrit jika dibandingkan dengan orang yang bodoh.
Lantas Dr. Azizan menyatakan bahawa frasa "tumbuh subur" ini bagaikan
dirujuk kepada bidang pertanian di mana tumbuhan (pokok) boleh disuburkan
dengan memberikan baja yang sesuai. Sebagaimana yang umum ketahui, baja adalah makanan tumbuhan yang membekalkan zat-zat nutrien seperti nitrogen, fosforus, kalium, kalsium, magnesium dan seumpamanya. Ia pula boleh didapati dalam bentuk tak organik (inorganik) maupun organik. Berikutan dengan itu, bagi orang bodoh yang otaknya kurang subur, untuk menjadikannya cerdik sesuatu harus boleh dilakukan. Persoalannya ialah bolehkah otak manusia disuburkan seperti menyuburkan tumbuhan? Secara kiasan, jika tumbuhan boleh disuburkan, kemungkinan besar anggota tubuh manusia atau haiwan juga dapat disuburkan atau dijadikan berisi. Yang pasti, jelas Dr. Azizan, bahagian dan organ tubuh memang boleh disuburkan. Justeru beliau memberikan contoh betapa lengan dan dada atlet pembina badan yang boleh dibesarkan dan dibentuk dengan latihan dan makanan yang betul. Kerana itu, adalah munasabah juga yang otak dapat disuburkan melalui latihan dan makanan. Ini adalah disebabkan otak juga merupakan salah satu organ tubuh. Tambahan lagi, penyelidikan Prof. Mark Rosenweig (University of California) beserta dua rakannya terhadap tikus juga menunjukkan otak tikus boleh disuburkan. Lalu Dr. Azizan menegaskan "Kalau otak tikus boleh disuburkan, munasabah otak manusia juga boleh disuburkan". Rakan-rakan sekalian, oleh sebab baja sebenarnya adalah makanan, maka baja otak manusia juga harus daripada jenis makanan. Harus diingat, di kalangan masyarakat Melayu sendiri sudah sedia diketahui mengenai kebaikan memakan kismis merah, buah khurma, buah badam, kacang pistacio, kacang soya, kacang dal dan seumpamanya untuk membaja otak yang cerdik. Dr. Azizan turut menguatkan teorinya dengan memasukkan pendapat ulama' yang memberikan petua dalam memakan kismis. Contohnya kismis hendaklah dimakan sebanyak 21 biji sehari, sama ada sekaligus ataupun dibahagikan kepada tiga bahagian yang sama banyak, iaitu dimakan pagi, petang dan malam. Satu lagi penguat hujah beliau ialah "Bukankah kebodohan atau kejahilan sebenarnya adalah suatu penyakit?". Justeru didatangkan para Rasul sebermula tamadun manusia lagi untuk mengajar dan memimpin manusia daripada kegelapan kejahilan (jahiliah) kepada cahaya ilmu dan iman. Sehubungan dengan itu, sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. turut menyebut bahawa "bagi setiap penyakit ada ubatya, melainkan mati dan tua". Oleh yang demikian, kebodohan atau kejahilan pasti ada ubatnya juga - sebab ia juga merupakan suatu penyakit. Maknanya kejahilan itu boleh disembuhkan. Bila disembuhkan, maka orang itu tentu boleh berfikir dengan lebih baik, cerdik, pintar dan pandai. Rumusan homeopati di pasaran selain Examo seperti Active IQ, mengandungi baja atau makanan otak dan saraf. Kedua remedi ini diadun daripada rumusan nutrisi biokimia Dr. W.H. Schuessler yang sama iaitu Kalsium fosfat, Kalium fosfat dan Magnesium fosfat. Cerdik pandai yang mempunyai keilmuan dalam bidang biokimia Schuessler pasti menyokong bahawa garam-garam inorganik tersebut adalah merupakan makanan yang baik untuk memulihkan masalah minda, jiwa, saraf dan otak. Dan harus diingat, antara masalah minda, jiwa, saraf dan otak itu ialah kebodohan atau kedunguan, lupa, dangkal, fikiran tertutup, nyanyuk, masygul, rendah diri, cemburu, dengki, sakit hati, lemah ingatan dan sebagainya. Justeru ia harus diberi peluang untuk dirawat. Demikian benar pandangan homeopati, dan itulah antara hujah yang diberikan oleh Dr. Azizan Hj Ismail. Jika penawarnya ada, tidakkah wajar ianya diambil. Jika diambil dengan betul, ertinya ada peluang untuk pulih atau menjadi lebih baik. Tetapi bagi mereka yang degil dan keras kepala (dengan pendapatnya - seperti paderi gereja sebelumnya) ) atau tidak mahu berusaha mengambilnya, sudah pasti tiada peluang bagi mereka. (Namun sehingga kinipun, saya sebagai konsultan dan rakan-rakan dalam HBI mempromosikan produk hanya sebagai mencergaskan minda sahaja. Tetapi tidakkah bila cergas, prestasi akal akan jadi lebih baik jua?) Wa Llahu 'alam. [9.05 pagi, 25 Mac 2012] - Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. |
|
||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.