Laman Utama

 

Admin:

Bersempena dengan Tahun Baru ini, kami akan cuba sedayanya melakukan lebih banyak pembaharuan dan inovasi dalam penyampaian berita dan idea.

Sila beri komen anda setiap kali membaca artikel kami. Kome-komen anda adalah antara penggerak semangat inovasi. - Huzain.

Latest Articles
2012
Advertisement

 Tip Hidup Sihat dan Panjang Usia 2

Selain lima tip yang disebutkan di dalam artikel sebelumnya, di sini kami bawa beberapa lagi tip kesihatan yang wajar diamalkan untuk memberi lebih jaminan supaya hidup kita sentiasa sihat dan menambahkan panjang jangka hayat.

Saranan-saranan itu termasuk:

6. Makanlah makanan yang mengekalkan sebatian asal (whole food), dan bukan makanan proses. Jika boleh, makanan segera wajar dielakkan sama sekali atau dikurangkan pengambilannya. Meskipun pengambilan ubat-ubatan seperti multivitamin boleh menambah bekalan vitamin dan mineral yang kekurangan, tetapi mengambil makanan secara seimbang adalah lebih baik.

7. Elakkan daripada stres. Jika boleh, jauhkan daripada keadaan tegang dan stres. Jika tidak, cuba dapatkan ketenangan dan hadapi stres itu dengan bijak. Membaca al-Qur'an, bersiar-siar, berjalan-jalan, jogging  atau senaman adalah baik untuk rehatkan minda dan stres. Kalau perlu amalkan Yoga atau tai chi, silakan.

8. Percaya atau tidak, mempunyai rakan atau menjalin hubungan baik dengan sahabat atau saudara mara juga membantu kita menghadapi stres dan kemurungan dengan lebih baik. Banyak kesusahan dan masalah dapat diluahkan, di samping pendapat dan nasihat yang baik mungkin mudah diperoleh bagi menangani masalah kehidupan seharian yang terbeban.

  Bahkan rakan kita adalah cermin bagi diri. Sedikit sebanyak mereka akan dapat mengesan jika kita ada masalah kesihatan atau kemurungan. Dengan itu kita akan sentiasa mendapat pantauan secara tidak langsung.

  Terdapat beberapa tip lain yang anda semua boleh dapatkan hasil daripada kajian dan observasi pakar-pakar daripada Barat. Selain itu, tip-tip yang diperturunkan daripada pengalaman dan amalan mereka yang sihat serta panjang usia boleh diambil sebagai panduan.

  Tip-tip gaya hidup Rasulullah s.a.w. juga berguna jika diamalkan, tetapi kami tidak sentuhnya di sini.

    WaLlahhu a'lam.

[9.55 mlm, 21 Mac 2012]

   - Admin drhatta.com.


 

 
 

Mac 2012

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

Sarapan Penting

Politik Agama

Isu Tuntutan Cuepacs

Penawar Minda

Kelebihan Nik Aziz

Rawat Resdung

Darah Tinggi

Denggi lagi

Peningkatan Denggi

Generasi X Malaysia

Warga Emas Malaysia

Lelaki Andropaus

Maulid & Hijrah Artis

Bonus Tabung Haji

Produk 1Malaysia