![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama | ||||||||||||||||
|
Juara Model Tudung Fareeda 2012 |
||||||||||||||||
|
Dalam pertandingan itu, seorang peminat tegar tudung Fareeda yang mempunyai lebih 50 koleksi tudung Fareeda itu telah terpilih sebagai juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 yang berakhir di sini semalam. Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama, bidang pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu telah menggayakan tudung fesyen terkini Fareeda bernama Rozana sebelum dinobatkan sebagai juara. Noor Aqilah menceritakan, “Sokongan saya terhadap tudung Fareeda sejak tingkatan lima lagi berbaloi apabila berjaya menjadi model tudung yang saya paling minat." “Tudung jenis Rozana sahaja saya ada lebih 10 koleksi, tudung ini memang senang dipakai dan tidak perlu aksesori tambahan.” Jelas beliau yang juga meminati bidang peragaan ketika ditemui oleh wartawan Kosmo! di SACC Mall semalam. Sepanjang program pertandingan dijalankan sejak sehari sebelumnya, booth-booth tudung Fareeda telah dikunjungi oleh begitu ramai pelanggan. Ini menunjukkan Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 juga merupakan suatu promosi yang berkesan dalam memasarkan produk seumpama itu. Wa Llahu 'alam. [7.25 pagi, 26 Mac 2012] - Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. |
|
||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.