LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11

THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH  ;;  MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com

- consultant SINCE 2001

    

"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI

Laman Utama

PILIHANRAYA SUDAH DEKAT

Admin:

 
2012

Mei 2012

Red Warriors

Cuti Sekolah

Juara FA

Piala FA

Batu Karang

Guru Inovatif

PRU13 Paling Sengit

PRU13 Sudah dekat

Soal-jawab Homeopati

Gaji Sabah Sarawak

Gaji Minimum

April 12

Bersih Urusniaga

Kuatkan Sistem Imun

Sakit Kepala Dirawat

Cegah Migran

Produk HBI

Cinta Keadilan

7 Rahsia Steve

Jangan Degil

Keajaiban Homeopati

Denggi: Sikap Masyarakat

Gempa Besar di Aceh

Beras Sintetik

Pantang Larang Homeopati

Denggi Berdarah

Produk Pelbagai guna

Produk Halal

Gaji Baru SSM

Mac 2012

Bakteria Penyakit

Sarapan Penting

Mesyuarat Agung MPHM

Tudung Fareeda

Cerdaskan Akal-Hujah

Oki Setiana Dewi

Cerdaskan Akal

Minyak Recon Halal?

Tip Hidup sihat 2

Tip Hidup Sihat

Amah Indo

Logo Halal Dikuatkuasa

Malek Noor Nikah

Logo Halal

Sakit Asma

Youtube Tentukan Populariti

Bersin @ Tersedu

Homeolibrary.com

 

Februari 2012

Umur Insan

Generasi Y

Serangan Serentak PAS-PKR

Cabaran 40an

Tuntutan Cuepacs

Isu Halal

 

 

 

 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di hadapan lebih 100,000 anggota UMNO. Ia dianggap sebagai bekalan dan peringatan penting kepada anggota parti itu sebelum pilihan raya umum ke-13.

  Hari ini, ucapan Presiden UMNO itu bukan saja dianggap sebagai pembakar semangat untuk semua anggota UMNO berjuang habis-habisan menjelang PRU-13, tetapi juga suatu petanda yang jelas yang parlimen bakal dibubarkan bila-bila masa

  Dalam keadaan perbelanjaan semakin besar dikeluarkan sejak akhir tahun lalu dari segi insentif, kenaikan gaji kakitangan awampun sudahpun dilaksanakan, Bersih 3.0 telah berjaya ditangani, lawatan ke bahagian-bahagian bagi mengemaskinikan jentera parti hampir mencapai sasaran, demikian juga banyak isu berkaitan pembangkang berjaya dikedepankan di dalam media arus perdana, sampailah waktunya kemuncak itu diakhiri dengan pembubaran parlimen.

  Berdasarkan perkembangan mutakhir, pelanjutan tempoh untuk suatu jangka masa yang panjang akan membebankan pemerintah dengan pelbagai risiko. Antaranya ialah pemberian hadiah dan bonus akan semakin dilupakan dan akan lebih banyak belanja terpaksa dikeluarkan untuk mengekalkan momentum yang pada waktu ini dikira sudah agak selesa.

  Juga ada risiko kenaikan harga barang selepas pelbagai pihak dalam sektor tertentu mendapat kenaikan dan insentif. Demikian juga, risiko pengangguran bakal tiba sama ada akibat kenaikan gaji minimum atau jangkaan ekonomi akan meleset (sebagai kesan kemelesetan ekonomi global).

  Mungkin senario hari ini tidak sebaik tahun 2004 di mana parti pemerintah menang besar, namun suasana positif  seperti ini tidak boleh dibiarkan begitu lama. Jika pilihanraya ingin dianjakkan lagi ke bulan September atau selepas bulan Ramadhan, keadaannya belum tentu lebih positif kepada parti pemerintah.

  Tahun 2012 memang tahun agak sukar bagi Barisan Nasional, bahkan sebenarnya runcing juga buat pakatan pembangkang. Suasana masyarakat yang semakin dimonopoli oleh generasi muda yang hidup bergantung kepada informasi virtual dan sikap generasi yang berbeza dengan generasi sebelumnya merupakan cabaran yang besar buat semua.

  Cabaran memenangi pilihan raya adalah satu perkara, namun cabaran membawa remaja dan belia-belia hari ini ke suatu arah bagi kepentingan bersama dalam suatu wadah atau impian bangsa merupakan isu yang menuntut usaha yang lebih padu lagi.

  Kita semua berharap peperangan di antara para pemimpin parti-parti ini juga memberi ruang untuk sama-sama memikirkan nasib bangsa masa depan. Murnikan perjuangan agar kita sama-sama dapat terus memurnikan jati diri bangsa.

    Wa Llahu 'alam.

[08.30 pg., 12 Mei 2012]

   - Admin Dr.Hatta.com


   

Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.