![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||||
|
KELANTAN BURU KEJAYAAN, PENYOKONG MASIH JAKUN |
Admin: |
|||||||||||||||
|
Kejayaan Kelantan dalam arena bola sepak kebangsaan semakin menyerlah pada dekad terakhir ini. Namun tindakan segelintir penyokong Red Warriors di stadium tiap kali Kelantan bermain menentang pasukan lawan sungguh mengecewakan. Tindakan yang menampakkan kekampungan, kejakunan, tidak rasional serta dilakukan dengan mengikut emosi itu amat menyedihkan. Ini berlaku di Stadium Bukit Jalil juga sewaktu pasukan Kelantan melawan Sime Darby. Walaupun gol berjaya diperoleh menerusi sepakan penalti, tetapi mereka melaung, bertempik dan melontar objek menyebabkan sesetengah penonton lain merasa ketakutan. Demikian jugalah halnya apabila Kelantan menentang Terengganu untuk Piala AFC. Kejuaraan di peringkat Asia sedang diburu namun sikap sebilangan penyokong Red Warriors membalingkan pelbagai benda serta melempar mercun itu menunjukkan mentaliti mereka masih kekampungan. Ini merupakan perlakuan gedebe yang sama sekali tidak kena pada tempatnya. Dalam hal berkaitan, semalam, Presiden Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa mengulas, "Jangan terkejut jika kita terpaksa bermain di pusingan suku akhir tanpa penonton." Kenyataan dan ulasan Tan Sri Annuar itu dimuatkan dalam status
Facebooknya mengenai hukuman yang bakal dikenakan oleh pihak Konfederasi
Bola Sepak Asia (AFC). Justeru, Tan SriAnnuar berkata, Kafa tidak akan teragak-agak
mengambil tindakan terhadap individu yang melanggar peraturan. Tambah beliau lagi, "Jika ini berlaku, Kafa bukan sahaja akan kerugian RM200,000, tetapi kita terpaksa mengeluarkan duit lain untuk menanggung segala perbelanjaan pasukan pelawat. Ratusan ribu akan dibazirkan untuk perkara yang tidak berfaedah dan ini hanya akan mematikan Kafa." Demikian kemungkinan nasib Kafa dan skuad Red Warriors Kelantan. Pasukan sedang menempa nama, tetapi gelagat segelintir para penyokongnya yang disalut emosi dan perangai buruk di dalam stadium itu tidak membantu melainkan laungan, sorakan dan paluan gendang untuk menaikkan semangat pasukan sahaja. Sikap dan perangai ini sepatutnya sudah lama diubah. Seharusnya Tuan Guru mereka yang telah memimpin Kelantan selama lebih daripada dua puluh tahun itu boleh dijadikan contoh tentang bagaimana sepatutnya mereka bersikap sama ada dalam menghadapi kemenangan ataupun kekalahan. Wa Llahu 'alam. [10.20 pagi., 27 Mei 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.