![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
||||||||||||||||||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
SIAPA JUARA PIALA FA |
Admin: |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
BAHANG final Piala FA sudah memuncak dan debaran sedang mencengkam minda pemain Kelantan dan Sime Darby yang bakal turun ke gelanggang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Siapakah juara Piala FA kali ini? Berita Harian melaporkan terdapat penyokong negeri lain yang ingin melihat pasukan Sime Darby kendalian Ismail Zakaria mencipta sejarah. Antaranya, ialah penyokong dari Kedah yang menyokong
Sime Darby berharap pasukan itu dapat menghampakan keinginan Kelantan.
Mereka melaungkan, “Kami FANS KEDAH akan sokong SIME DARBY malam esok...Pulun
Sime Darby FC Pulun.” Sementara itu, jurulatih Red Warriors, Bojan Hodak amat bimbang kalau-kalau pemain-pemain Kelantan akan dibuai dengan sikap terlalu yakin. Beliau menyatakan, "Masalah utama saya ialah 95 peratus peminat mengatakan kami akan menang. Ia memberikan tekanan dan boleh menyebabkan pemain bersikap terlalu yakin." Katanya lagi, "Sebaliknya Sime Darby tidak perlu bimbang apa-apa kerana mereka dilabel bukan pilihan, " katanya pada sidang media perlawanan akhir Piala FA di sini semalam. Justeru, beliau mengingatkan skuadnya supaya tidak sesekali memandang rendah kemampuan Sime Darby pada pertembungan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Sementara itu, Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi atau Piya mahu memastikan Piala FA ke Kota Bharu. Katanya, dia mahu menghadiahkan trofi tersebut kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang digantung, Tan Sri Annuar Musa. "Saya rasa terharu kerana Tan Sri sanggup turun membeli tiket dan datang sebagai penonton biasa untuk memberikan sokongan kepada Kelantan, " katanya Dengan kenyataan Kapten pasukan sebagai mewakili barisan pemain Kelantan yang beria-iya ingin memperoleh kemenangan, kita akan lihat apakah yang akan berlaku pada malam ini? Apakah Red Warrior akan menang piala ini selepas tewas dua kali di peringkat final sebelumnya, ataukah mereka sekali lagi dikempunankan oleh pasukan Sime Darby yang buat pertama kali memasuki final? Daripada teman-teman dan rakan yang bukanpun pakar, mereka meletakkan keputusan malam ini sebagaimana berikut:
Agak-agaknya mana satu? Tidak mustahil keputusan akhir berkedudukan di luar kotak ini. Wa Llahu 'alam. [06.00 ptg., 19 Mei 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
||||||||||||||||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.