![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||||
|
RAHIM NOOR vs NIK AZIZ |
Admin: |
|||||||||||||||
|
Jika benar bahawa bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyifatkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai father of kafir (bapa kafir) yang didakwanya cuba memesong orang Islam bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 adalah tanggungjawab agama, maka itu adalah suatu kenyataan politik yang rendah mutunya. Dilaporkan yang akhbar New Straits Times memetik Rahim sebagai berkata perkara seumpama itu bukan kali pertama di mana Nik Aziz mengeluarkan kenyataan seperti itu yang didakwanya "mengelirukan" rakyat. Beliau dipetik sebagai berkata "Beberapa tahun lalu, beliau berkata penyokong Umno akan masuk neraka dan sekiranya umat Islam mahu masuk syurga, mereka kena sertai PAS. Dia juga berkata Umno itu kafir sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC. Tapi lihat PAS sekarang, mereka berpakat dengan DAP, sebuah parti politik yang menolak negara Islam," katanya. Menurut Rahim juga, bila ulama yang dihormati seperti Nik Aziz mengisytiharkan tanggungjawab agama menyokong BERSIH, maka rakyat melihatnya satu kewajipan sekalipun kerajaan menyatakan perhimpunan itu melanggar undang-undang. "Dia mungkin dikenali dan dihormati sebagai ulama sebab kelayakannya tetapi beliau hanya seorang political animal yang mahu mengekalkan kuasanya di Kelantan," katanya Rahim lagi. Kenyataan Rahim itu keluar sehari selepas Nik Aziz dilapor berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya menggunakan "sebelah mata". Sekalipun Nik Aziz bersetuju perhimpunan yang mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda awam adalah haram, tetapi beliau berpendapat BERSIH 3.0 "bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara sebaliknya yang menuntut lapan perkara untuk membersihkan pilihan raya". Apa agaknya hukum ke atas usaha-usaha mengotorkan pilihanraya yang adil? Dilaporkan Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Kelantan memberi tempoh 24 jam kepada Rahim menarik tuduhan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Nik Aziz. Pengerusinya Hisham Fauzi berkata kenyataan bekas ketua polis negara itu "jelas tidak matang dan bersifat fitnah". "Sekiranya beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya," katanya dipetik dari Harakahdaily . Seperti kenyataan Nik Aziz bahawa keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan itu menggunakan sebelah mata, demikian jugalah seseorang boleh tafsirkan dari kenyataan Tan Sri Rahim, juga guna sebelah mata. Demikian kata seorang sahabat pembaca semalam. Pendapat kami, kenyataan seumpama itu tidak lain hanyalah untuk meledakkan suatu senario politik yang sudah tidak menentu pada waktu ini. Wa Llahu 'alam. [07.30 pg., 10 Mei 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.