![]() |
LAMAN KONSULTAN HBI DRHATTA.COM 2008-9-10-11 THE BEST MALAYSIA VIRTUAL HOMEOPATH ;; MHCL WEBSITE www.homeolibrary.com - consultant SINCE 2001
"Promoting Homeopathy All Malaysia Over" project for continuous publication of homeopathy books & virtual knowledge. - info HBI |
|||||||||||||||||
| Laman Utama |
![]() |
|||||||||||||||||
|
BILA ANDA PERLU REHAT, REHATLAH |
Admin: |
|||||||||||||||||
|
Rehat adalah sesuatu yang perlu bagi seseorang. Kita mungkin berehat untuk tujuan hibur diri, relaks daripada tugas harian yang sibuk, bercuti bersama keluarga ataupun untuk menenangkan fikiran. Ada juga mereka yang mengambil rehat atas sebab-sebab yang lain daripada yang disebutkan di atas. Selain kami sendiri di HBI kini berada dalam cuti rehat, maka di sini terdapat beberapa tip yang jika anda mengalaminya maka kami sarankan anda mengambil cuti dan rehat. Di antara petanda bahawa tubuh anda memerlukan rehat ialah apabila anda kehilangan berat badan. Jika anda tidak merancangnya dan tiba-tiba berat badan anda jatuh, ia mungkin disebabkan anda sudah hilang banyak cecair badan dan anda tidak berjaya menggantikannya dalam jumlah yang mencukupi. Dehidrasi boleh jadi akan memberi impak yang tidak baik kepada prestasi minda dan fizikal. Sebahagian daripada anda mungkin tidak cukup tidur. Satu malam tidak tidurpun boleh memberi kesan mengantuk dan keletihan. Jika beberapa hari anda sudah kekurangan tidur yang sempurna, seeloknya anda mengambil masa untuk rehat secukupnya dan mengembalikan kesegaran badan. Demikian juga jika kadar denyutan jantung anda meningkat. Dan ini boleh diketahui dengan mengambil kadar denyutan nadi anda per minit setiap hari. Jika tiba-tiba atau untuk beberapa hari atau jam anda dapati denyutannya meningkat, ia boleh jadi suatu petunjuk bahawa anda sedang mengalami stres. Justeru.., berehatlah. Bagaimana jika air kencing anda sudah bertukar warna? Biasanya cerah, kali ini ia keluar berwarna kuning tua. Ia juga boleh jadi suatu petanda kepada dehidrasi. Semakin gelap warnanya, semakin anda perlu berhati-hati. Anda perlu banyak minum dan perlu rehat. Perkara yang sama harus dibuat jika anda mengalami rasa keletihan yang amat. Tidak bertenaga dan cepat mengah bila berjalan atau membuat kerja. Jawabnya, rehatlah. Jangan dipaksa. Buruk padahnya jika dipaksa. Atau bila tiba-tiba anda merasa tiada mood untuk melakukan sesuatu kerja. Lebih teruk lagi, bila anda rasa seram sejuk, rasa sengal-sengal badan atau seakan-akan mau alami sakit demam. Hal seumpama itu boleh berlaku kerana secara tidak sedar anda mungkin telah membuat kerja berlebihan pada hari-hari sebelumnya. Jadi rehatlah, sekalipun pada waktu yang sama anda sedang berusaha memulihkan badan dengan mengambil multivitamin dan ubatan lain yang dipreskripsikan. Sesungguhnya rehat merupakan ubat paling baik bagi banyak perkara atau bila mana simptom badan terkeluar dari paras normal. Wa Llahu 'alam. [12.12 pagi., 31 Mei 2012] - Admin Dr.Hatta.com
|
|||||||||||||||||
Copyright © 2011-2012 HBI Health & Homoeopathy Centre.