HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

ALLIUM CEPA
Red Onion

Gambaran koriza, serta discaj sengau/hidung menusuk pedih dan simptom-simptom laringial, rembesan mata hambar; sejuk biduanita, melarat dalam bilik hangat dan menghala ke petang; lega pada udara lapang ditunjukkan oleh penawar ini.  Terutamanya sesuai kepada pesakit flegmatik; sejuk/selsema dalam cuaca sejuk dan lembap.  Sakit saraf, seperti benang halus, berikutan pemotongan atau kecederaan pada saraf. Radang saraf kronik akibat trauma. Membakar dalam hidung, mulut kerongkong, pundi kencing dan kulit. Rasa seperti panas membahang ke atas bahagian-bahagian tubuh yang berlainan.

Minda. Keliru dan selalu lupa kerana tumpuan pada kerja di tengahari, selepas minum wain atau kopi. Kegelisahan yang tidak dapat diceritakan dan kecemasan menyertai sakit pada abdomen. [Ars.]

Kepala. Sakit kepala berkataral, kebiasaanya di dahi; melarat di dalam bilik yang panas sewaktu hampir petang. Sakit seperti dicucuk benang dalam muka. Sakit kepala hilang semasa haid; datang kembali apabila pengaliran haid berhenti.

Mata. Merah. Sangat panas membakar dan lakrimasi memeritkan. Sensitif kepada cahaya. Mata berair dan digenangi air; lakrimasi hambar, melimpah, lega pada udara lapang. Membakar dalam kelopak mata.

Telinga. Sakit telinga, mencucuk-cucuk dalam tiub Eustachio.

Hidung. Bersin, terutama apabila masuk bilik panas. Discaj banyak, berair jernih dan tersangat pedih. Rasa seperti berketul pada pangkal hidung. Demam jerami. [Sabad.; Sil.; Psor.] Koriza lancar serta sakit kepala, batuk, dan suara serak.  Polipus.

Perut. Tersangat lapar. Sakit dalam kawasan pilorus. Dahaga. Sendawa. Loya.

Abdomen. Flatus; angin kentutnya menderam, busuk. Sakit dalam hipogastrium kiri. Duduk dalam keadaan perut memulas, bergerak ke sana ke mari.

Rektum. Cirit-birit serta flatus tersangat busuk. Sakit mencucuk-cucuk dalam rektum, gatal dan kulitnya merekah dalam anus. Panas membara dalam rektum.

Urinari. Rasa lemah dalam pundi kencing dan salur uretra. Rembesan urin bertambah serta koriza. Kencing berwarna merah serta sangat tertekan dan membakar dalam uretra.

Respiratori. Parau. Batuk sering dan kering semasa menyedut udara sejuk.  Rasa geli menggeletek dalam larings. Rasa seolah-olah larings dibelah atau dikoyak. Pernafasan tertahan akibat daripada tekanan di tengah dada. Rasa mencerut di kawasan epiglotis. Sakit menjalar ke telinga.

Ekstremiti. Sendi-sendi capik. Ulser pada tumit. Afeksi menyakitkan pada jari-jemari berhampiran dengan kuku. Neuralgia menyebabkan berjalan terhuyung-hayang. Kesan buruk daripada kaki basah. Anggota terutama bahagian lengan, rasa sakit dan penat.

Tidur. Menguap serta sakit kepala dan mengantuk. Mulut terbuka semasa tidur nyenyak.  Mimpi-mimpi.  Terjaga pada jam 2 pagi.

Modaliti. Melarat di sebelah petang, dalam bilik panas. Lega bila udara lapang, dan dalam bilik sejuk.

Hubungan. Bandingkan: Gels.; Euph.; Kali hyd.; Aconite; Ipecac.

Komplementari: Phosphor; Thuja; Puls.

Antidot: Ars.; Cham.; Verat.

Dos. Potensi ketiga. 30 dan 200.

 

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020