HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

AMMONIUM CARBONICUM
Carbonate of Ammonia
(AMMONIUM CARB)

Sesuai dengan wanita yang cekal, gempal yang selalu letih dan lemah, mudah mengidap selsema, menderita simptom seakan kolera sebelum datang haid, dan cenderung membuat kerja ringan serta banyak rehat. Haidnya terlalu kerap dan keluar banyak. Idapan selalu melibatkan membran mukus organ pernafasan. Orangnya bukan saja gemuk tetapi mempunyai jantung yang lemah, mendesah serta rasa sesak melemaskan. Dia tersangat sensitif dengan angin sejuk, tidak suka air, malah tidak dapat menyentuhnya. Skarlatina malignan serta kelenjar-kelenjar membengkak, sakit tekak, letusan pada kulit. Uremia. Rasa berat dalam seluruh organ. Mempunyai tabiat tidak bersih. Bengkak pada bahagian-bahagian tertentu tubuh, kelenjar, dsbnya. Merembes asid. Mudah lesu dengan perkara-perkara remeh-temeh.

Minda. Muda lupa, perengus, muram ketika cuaca ribut. tidak bersih, kotor. Sedih, menangis, tanpa sebab. Bercakap dan mendengar orang bercakap memberi kesan kepada penyakitnya.

Kepala. Berdenyut-denyut pada dahi; lega dengan diurut dan di dalam bilik hangat. Bagai kejutan elektrik menembusi kepala.

Mata. Kedua mata membakar serta tidak dapat menahan cahaya. Ketegangan mata (Nat mur). Astenopia. Sudut mata sakit.

Telinga. Kesukaran mendengar. Kejutan menembusi kedua telinga, mata dan hidung bila mengertak gigi.

Hidung. Keluar air hidung, panas menusuk. Hidung tersumbat di sebelah malam, serta koriza berlangsung lama. Tidak dapat bernafas menerusi hidung. Sengau hidung bagi kanak-kanak. Epistaksis selepas membasuh dan selepas makan. Ozena, menghembus hingus mengandungi darah dari hidung. Hujung hidung rasa sesak.

Muka. Penuh dengan bisul dan pustul ketika haid. Di penjuru mulut rasa sakit, pecah merekah dan membakar.

Mulut. Mulut dan kerongkong terasa amat kering. Sakit gigi. Bila menekan sesama gigi menyebabkan bagai kejutan elektrik menyambar menerusi kepala, kedua mata dan kedua telinga. Vesikel banyak di atas lidah. Pengecapan masam; rasa seperti logam. Bunyi rahang menghentak ketika mengunyah sesuatu.

Kerongkong. Tonsil dan kelenjar leher bengkak membesar. Sakit membakar menjalar turun ke kerongkong. Cenderung mendapat ulser tonsil yang memburuk. Sakit difteria bila hidung tersumbat.

Perut. Sakit serta pedih di kawasan hulu hati, loya, keluar liur berikutan dispepsia dan rasa seram sejuk. Amat berselera tetapi mudah kenyang. Dispepsia beserta flatulens.

Abdomen. Sakit serta berbunyi dalam abdomen. Hernia penuh angin. Najis sukar keluar, keras dan berketul. Buasir berdarah; melarat ketika haid. Gatal-gatal di kawasan dubur. Buasir menjulur keluar, melarat selepas berak, lega bila berbaring.

Urin. Kerap terangsang; keluar dengan tak sengaja di sebelah malam. Tenesmus pundi kencing. Air kencing berwarna putih, berpasir, mengandungi darah, keluar dengan banyak, keruh dan berbau busuk.

Lelaki. Skrotum dan korda sperma gatal dan sakit. Mengeras tanpa rangsangan seks. Memancutkan air mani.

Perempuan. Pudendum gatal, membengkak dan membakar. Leukorea; keluar keputihan cair, membakar, dan pedih menusuk. Tidak suka lelaki. Haid keluar terlalu  kerap, banyak, mendahului waktunya, bergumpal, hitam; sakit kolik, dan najis keras sukar keluar, serta keletihan, terutama bahagian paha; rasa seram sejuk.

Respiratori. Parau. Batuk setiap pagi, sekitar jam tiga pagi, serta dispnea, palpitasi, membakar dalam dada; melarat bila mendaki. Bahagian dada rasa lemah. Emfisema. Pernafasan terasa sangat tertekan; melarat selepas setiap kali bekerja dan bila memasuki bilik hangat. Atau bila mendaki walau beberapa langkah sahaja. Astenia. Pneumonia. Pernafasan sukar dan perlahan; serta berbunyi seperti letusan buih. Katarah musim sejuk serta mengandungi darah. Edema pulmonari.

Jantung. Palpitasi dapat didengar dengan jelas serta menakutkan, keluar peluh sejuk, lakrimasi, tidak dapat bercakap, bernafas kuat dan kedua tangan menggeletar. Jantung lemah, bangun dengan kesukaran bernafas dan palpitasi.

Ekstremiti. Mengoyak-ngoyak dalam sendi-sendi yang dapat dilegakan dengan kehangatan katil; pesakit cenderung meregangkan anggota. Kedua tangan sejuk dan kebiruan; vena pula mengembung. Jari-jemari membengkak bila anggota lengan dijuntaikan ke bawah. Panaritium, sakit periosteum yang lama. Krem dalam labu betis dan tumit. Ibu jari kaki sakit dan membengkak. Felon; hujung jari yang baru menanah. Belakang sendi buku lali sakit bila berdiri. Sakit mengoyak dalam buku lali dan tulang kaki, lega dengan kehangatan tilam.

Tidur. Rasa mengantuk di siang hari. Terkejut dari tidur.

Kulit. Gatal kuat dan lepuhan membakar. Ruam skarlet. Ruam lesi-lesi kecil miliari. Skarlet malignan. Letusan kerana kurang cergas. Erisipelas di kalangan orang tua beserta simptom otak. Ekzema di persendian ekstremiti, antara kedua kaki, dekat dubur dan kemaluan.

Modaliti. Melarat di sebelah patang, daripada cuaca basah, sejuk, maupun kerana disapu dengan benda basah, termasuk membasuh. Juga melarat di antara jam 3 hingga 4 pagi, atau semasa haid. Lega bila berbaring di sebelah yang sakit dan atas peru/meniarap; dalam cuaca kering.

Hubungan. Inimikal dengan penawar Lachesis.

Antidot: Arnica; Camphor.

Bandingkan dengan: Rhus; Muriatic acid; Tartar emet.

Dos. Potensi rendah makin kurang berkesan bila umur meningkat. Tetapi potensi 6 dikatakan sesuai untuk semua dan kegunaan umum.

 

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020