HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

AMYLENUM NITROSUM
Amyl Nitrite
(AMYL NITROSUM)

Dengan menyedut ubat ini, ia dengan cepat mengembangkan salur darah halus dan kapilari-kapilari, memerahkan muka, hangat, dan denyutan dalam kepala.Superficial arterial hyperæmia. Palpitasi jantung dan keadaan yang serupa dengan mudah disembuhkan olehnya, terutama simbahan hangat panas dan lelain ketidak-selesaan semasa klimakterik. Tersedu dan menguap. Kerap kali melegakan konvulsi epilepsi buat sementara waktu. Mabuk lauk.

Kepala.-- Anziati/bimbang, seolah-olah sesuatu mungkin berlaku; mesti ada udara segar. Rempuhan darah ke kepala dan muka; perasaan seolah-olah darah menembusi kulit, serta hangat panas dan kemerahan. Muka merah, diikuti oleh perpeluhan semasa klimakterih/menopaus. Kedua telinga alami hyperæmia (mendapat aliran darah ke tisu-tisu). Berdenyut-denyut.

Kerongkong.-- Alami konstriksi; kolar dirasakan terlalu ketat.

Dada.-- Dispnea dan rasa seperti kena asma. Amat tertekan dan rasa sekak dada; spasmodik, batuk menyesakkan nafas. Kebimbangan dalam dada (Præcordial anxiety). Tindakan jantung mengelirukan/kacau. Sakit dan pencerutan/konstriksi sekitar jantung. Berdebar walaupun dirangsang sedikit saja.

Perempuan.-- Sakit lepas bersalin; hemoraj berhubungkait dengan simbahan merah di muka. Sakit kepala klimakterik/menopaus dan simbahan panas, serta anziati dan palpitasi.

Demam.-- Simbahan panas berlebihan; kadang kala diikuti oleh kesejukan yang melekit pada kulit serta kuat berpeluh. Berdenyut-denyut seluruh tubuh. Berpeluh luar biasa selepas influenza.

Ekstremiti.-- Meregang berterusan selama berjam-jam. Salur vena/urat-urat kedua tangan mengembang/terbuka; denyutan dirasakan dalam hujung jari-jemari.

Hubungan.-- Bandingkan: Glonoine; Lachesis.

Antidot: Cactus; Strychn; Ergot.

Dos.-- Potensi ketiga.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020