HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: 

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

ARGENTUM METALLICUM
S
ilver

Ciri-ciri utama remedi ini berupa: kekurusan, secara perlahan menampakkan tulang, kepinginkan udara bersih, dispnea, rasa mengembang dan sakit di sebelah kiri. Tindakan utama berkisar kepada bahagian artikulasi dan unsur-unsur komponennya seperti tulang-tulangnya, kartilaj dan ligamen. Di sini urat darah kecil tertutup atau layu dan menghasilkan karies. Serangan sakit bercorak merbahaya, seakan-akan tidak mahu pergi, tetapi terus berkembang. Larinks juga menjadi satu pusat khas bagi remedi ini.

Mental. Perasaan hendak cepat saja; masa berlalu sangat perlahan; melankoli.

Kepala. Serangan sakit saraf secara tiba-tiba di sebelah kiri, bertambah melarat perlahan-lahan tetapi cepat berhenti. Kulit kepala lembut bila disentuh. Vertigo, serta rasa mabuk, bila melihat air mengalir. Kepala rasa kosong, berongga. Kedua kelopak mata merah dan tebal. Koriza serta bersin, meletihkan. Sakit dalam tulang muka. Juga sakit di antara mata kiri dan unjuran depan.

Kerongkong. Melecet, membahak; mengeluarkan lendir seperti jeli berwarna kelabu. Tekak rasa sakit ketika batuk. Mudah mengeluarkan kahak di sebelah pagi dan banyak.

Respiratori. Keparauan afonia. Bila batuk rasa sakit, melecet. Hilang suara seperti yang berlaku kepada penyanyi profesional. Larinks rasa sakit dan melecet. Mudah mengeluarkan kahak, kelihatan seperti kanji dimasak. Sakit melarat bila menggunakan suara. Batuk ketika ketawa. Demam hektik masa tengahari. Bila membaca dengan kuat, terpaksa mendehem atau ikhtiar mengeluarkan lendir. Dada terasa sangat lemah; melarat di sebelah kiri. Perubahan dalam nada suara. Sakit dalam tulang rusuk bawah sebelah kiri.

Belakang. Sakit belakang yang teruk; mesti berjalan dengan melengkung, serta dada rasa tertekan.

Urin. Diuresis. Air kencing keluar dengan banyak, keruh, berbau manis. Kerap kencing. Poliuria.

Extremiti. Jangkitan reumatik pada sendi-sendi, terutama di siku dan lutut. Kedua kaki lemah dan menggeletar, melarat bila menuruni tangga. Jari-jemari menguncup dengan tak sengaja, lengan depan lumpuh separuh, kejang tangan sebab menulis. Buku lali membengkak.

Lelaki. Sakit remuk di dalam buah zakar. Memancarkan air mani tanpa naik syahwat. Kerap kencing serta rasa membakar.

Perempuan. Rasa ovari terlalu besar. Sakit menekan ke bawah. Rahim mengalami prolaps. Serviks lembut terhakis. Leukorea dengan lendir berbau busuk, melecet. Sebagai paliatif bagi skirus rahim. Sakit dalam ovari kiri. Pendarahan klimaterik. Rasa sakit di keseluruhan abdomen; melarat dengan gegaran. Penyakit rahim serta sakit pada sendi-sendi dan anggota.

Modaliti. Melarat dengan sentuhan, hampir tengahari. Lega di udara lapang; batuk di sebelah malam bila berbaring (berlawanan dengan Hyoscy).

Hubungan. Antidot: Mercur; Puls. Bandingkan dengan: Selen; Alum; Platina; Stannum; Ampelopsis.

Dos. Guna potensi 6x triturasi dan yang lebih tinggi. Jangan ulangi tertlalu kerap.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020