HOMŚOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

AVENA SATIVA
Common Oat

Ia mempunyai tindakan selektif ke atas sistem saraf dan otak, khususnya mempengaruhi fungsi nutrisi.

Simptom kelemahan saraf, kelesuan seksual, dan tabiat morfin memerlukan remedi ini dalam dos materi. Merupakan tonik terbaik bagi kelesuan selepas mengalami penyakit yang teruk. Orang tua yang mengidap gegaran saraf; korea, kelumpuhan agitans, epilepsi. Kelumpuhan selepas difteria. Reumatisme jantung. Selsema. Koriza akut (berikan 20 titik dalam air suam setiap jam kira-kira beberapa dos). Alkoholisme. Sukar tidur terutama di kalangan kaki botol yang ketagih alkohol. Kesan buruk tabiat mengambil Morfin. Keadaan kegementaran pada perempuan yang bermasalah sakit puan.

Minda. Tidak dapat menetapkan fikiran atau memberi tumpuan kepada sesuatu perkara.

Kepala. Sakit kepala yang melibatkan saraf ketika datang haid, beserta rasa membakar di puncak kepala. Sakit kepala di bahagian belakang, serta air kencing mengandungi fosfat.

Perempuan. Amenorea dan dismenorea, serta peredaran darah kurang baik.

Lelaki. Spermatorea; mati pucuk; selepas terlalu banyak mengikut hawa nafsu.

Ekstremiti. Kekebasan kedua anggota kaki tangan, seolah-olah lumpuh. Tangan hilang kekuatan.

Hubungan. Bandingkan dengan: Alfalfa (Tonik umum serupa dengan Avena – juga bagi yang mengalami kencing tertahan dan sedikit).

Dos. Tinktur dengan dos sebanyak sepuluh hingga dua puluh titik, seeloknya diambil bersama air suam.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020