HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

BACILLINUM BURNETT
A Maceration of a Typical Tuberculous Lung introduced by Dr. Burnett
(BACILLINUM)

Telah digunakan dengan jayanya dalam rawatan batuk kering (tuberculosis); kesan baiknya dilihat dalam perubahan sputum, yang berkurangan dan lebih berudara (aerated), serta kurang berpurulen. Banyak bentuk penyakit bukan-tuberkular kronik dipengaruhi baik oleh Bacillinum, terutama bila wujud bronkorea dan dispnea. Piorea respiratori. Pesakit kurang meludahkan kahak.

Indikasi Bacillinum ditunjukkan secara khusus bagi paru-paru orang tua, dengan kondisi kataral kronik dan sirkulasi pulmonari yang lemah, serangan-serangan yang menyesakkan pada waktu malam serta batuk yang payah. Selsema atau katar yang menyesakkan nafas. Meningitis tuberkular. Cenderung terjatuh tartar gigi. Kecenderungan berterusan menghidap selsema.

Kepala. Iritasi, murung, muram. Sakit kepala mendalam yang teruk, juga bagai diikat  dengan satu gelung yang ketat. Kurap. Ekzema kedua kelopak mata.

Abdomen. Sakit abdomin, membesar dan membawa ke kawasan groin, tabes mesenterika. Diarea secara tiba-tiba sebelum sarapan. Sembelit kuat, serta kentut busuk.

Respiratori. Kesesakan. Dispnea kataral. Asma lembap. Bunyi abnormal pernafasan seperti berbuih (bubbling rales) dan mengeluarkan kahak bermukos-nanah. Nota. Pengeluaran kahak bermuko-purulen pesakit bronkitis ini adalah bersamaan dengan 'poly-bacillary'; ia adalah satu campuran pelbagai spesis dan justeru Bacillinum adalah benar-benar ditunjukkan (Cartier). Kerap kali melegakan kesesakan paru-paru, kerana itu ia memberi laluan kepada remedi-remedi lain dalam kes tuberculosis.

Kulit. Kurap (ringworm); pitiriasis. Ekzema kedua kelopak mata. Kelenjar-kelenjar leher membesar dan lembut.

Modaliti. Melarat, malam dan awal pagi; udara sejuk.

Hubungan. Antimon iod; Lach; Arsenic iod; Myosotis. Levico, 5-10 titis, mengikuti sebagai remedi interkuren di mana wujud banyak kelemahan (Burnett).

Komplementari: Calc phos; Kali carb.

Bandingkan: Kesannya agak serupa dengan Tubercullinum Koch. Kedua-duanya berguna dalam diatesis tuberkular sebelum ftisis membentuk. Pada peringkat awal penyakit tuberkular kelenjar, sendi, kulit dan tulang. Psorinum. Kelihatan mempunyai persamaan kronik. Bacillin testium bertindak secara khusus terhadap bahagian bawah tubuh.

Dos. Dos adalah penting. Tidak harus diberikan di bawah potensi 30 dan tidak diulangi secara kerap. Satu dos seminggu sering mencukupi untuk menimbulkan reaksi. Tindakannya adalah cepat, dan seharusnya hasil yang baik dapat dilihat dengan segera, jika sebaliknya, tidak perlu kepada pengulangan.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020