HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

BELLIS PERENNIS
Daisy

Bellis perennis bertindak ke atas serat otot-otot saluran darah. Sakit-sakit otot yang bersangatan. Lumpuh seolah-olah terseliuh. Sesak salur vena kerana sebab-sebab mekanikal. Ia merupakan remedi pertama dalam kecederaan ke atas tisu-tisu dalaman, selepas kerja pembedahan utama. Hasil kesan kecederaan ke atas saraf beserta sakit pedih yang bersangatan, dan tidak tahan mandi air sejuk. Selepas gout, anggota kaki tangan lemah.

Traumatisme organ-organ pelvis, auto-traumatisme, memberikan gambaran kepada keperluan remedi ini; kesan buruk daripada pengonanian. Remedi cemerlang untuk kehel seliuh dan memar lebam. Aduan-aduan disebabkan oleh makanan atau minuman sejuk apabila tubuh dalam kepanasan, dan dalam gangguan yang disebabkan oleh angin sejuk. Secara luaran, dalam masalah nevi. Akne. Bisul-bisul seluruh kawasan. Sakit memar, lebam dirasai dalam kawasan pelvis. Eksudasi, stasis, pembengkakan, berada dalam julat remedi ini. Simptom-simptom reumatik. Tidak mencacatkan lelehan. "Ia merupakan satu remedi berharga bagi buruh-buruh berusia, terutama tukang kebun." (Burnett).

Kepala. Vertigo: pening pada orang tua. Sakit kepala dari oksiput ke puncak atas kepala.  Dahi dirasakan menguncup. Sakit memar. Gatal sekitar kulit kepala dan di belakang, melarat dengan mandi air panas dan berada atas tilam.

Perempuan. Payu dara dan uterus membengkak. Penyakit urat biru atau vena varikos semasa mengandung. Tidak dapat berjalan semasa hamil. Otot-otot abdomen capik ketempangan. Rahim terasa sakit seolah-olah diperah.

Tidur. Bangun terlalu awal di waktu pagi dan tidak dapat tidur semula.

Abdomen. Sakit pada dinding abdomen dan rahim. Sakit mencucuk-cucuk pada limpa, memar, membesar. Cirit-birit kekuningan tapi tidak sakit, bau busuk, melarat di waktu malam. Mengembung; menderam-derum di dalam usus.

Kulit. Bisul. Ekimosis, membengkak, sangat sensitif dengan sentuhan. Sesak salur vena kerana sebab-sebab mekanikal. Urat biru serta rasa sakit memar. Eksudasi dan membengkak. Akne.

Ekstremiti. Sendi-sendi sakit, juga kesakitan pada otot-otot. Gatal di atas belakang dan di permukaan luar otot fleksor paha. Sakit menurun ke bahagian hadapan paha. Pergelangan tangan terasa mengecut seolah-olah dicerut gelang getah disekeliling sendi. Terseliuh serta tersangat sakit. Spina bengkok.

Hubungan. Bandingkan Arnica; Arsenic; Staphis; Hamamelis; Bryonia; Vanadium (keadaan degenerasi).

Modaliti. Melarat sebelah kiri, mandi air panas dan kehangatan tilam, sebelum ribut; mandi air sejuk; angin sejuk.

Dos.  Tinktur hingga potensi ke ketiga.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020