HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

CALCAREA PHOSPHORICA
Phosphate of Lime

Salah satu remedi tisu terpenting, di mana meskipun ia mempunyai banyak simptom-simptom yang kesamaan dengan Calcarea carb, namun terdapat perbezaan dan ciri-ciri karakteristiknya yang tersendiri. Indikasinya terutama  dalam kelewatan tumbuh gigi dan masalah-masalah dalam tempoh itu, penyakit-penyakit tulang, fraktur tulang yang tidak bercantum, dan anemia-anemia selepas penyakit-penyakit akut serta penyakit-penyakit kronik yang menyusutkan badan. Kanak-kanak anemia yang meragam bengkeng, menggeleber lembik, anggota kaki dan tangan sejuk dan penghadaman lemah. Ia mempunyai satu tarikan khusus di mana tulang-tulang membentuk sutur (jahitan) atau simfisis (tautan), dan kesemua simptom-simptomnya melarat dengan sebarang perubahan cuaca. Kekebasan dan rasa merayap adalah karakteristik sensasinya, sementara kecenderungan untuk perpeluhan dan pembesaran kelenjar merupakan simptom-simptom yang dikongsi bersama dengan karbonat. Skrofula, klorosis dan ftisis.

Minda. Meragam bengkeng, pelupa; selepas berdukacita dan sakit hati (Ignat; Phos ac). Senentiasa hendak pergi ke sesuatu tempat.

Kepala. Sakit kepala, melarat dekat kawasan sutur, daripada perubahan cuaca, terhadap kanak-kanak sekolah ketika baligh. Ubun-ubun kekal terbuka terlalu lama. Tulang-tulang kranial lembut dan nipis. Pendengaran cacat. Sakit kepala, beserta flatulens abdomen. Kepala panas, serta rasa pedih pada akar-akar rambut.

Mata. Kelegapan tersebar dalam kornea berikutan abses.

Mulut. Tonsil membengkak; tidak dapat membuka mulut tanpa rasa sakit. Adu-aduan sepanjang penggigian; gigi tumbuh dengan perlahan; gigi cepat reput. Tumbuhan adenoid.

Gaster. Bayi ingin menyusu sepanjang masa dan mudah muntah. Kepinginkan daging (khinzir) salai, ham, daging masin atau disalai. Banyak angin, flatulens. Bersangatan lapar serta dahaga, flatulens lega sementara dengan sendawa masam. Pedih hulu hati. Kanak-kanak mudah muntah.

Abdomen. Setiap kali cuba makan, sakit kolik dalam abdomen. Cengkung pucat dan menggeleber. Kolik, kesakitan dan membakar sekitar pusat.

Tinja. Pendarahan selepas berak najis keras. Diarea akibat jus buah-buahan atau tuak epal; semasa tumbuh gigi. Hijau, berlendir, panas, berpercikan, tak cerna, serta kentut berbau busuk. Fistula in ano, berselang dengan simptom-simptom dada.

Urin. Bertambah, dengan perasaan kelemahan. Sakit di kawasan kedua buah pinggang apabila mengangkat atau menghembus hidung.

Perempuan. Haid terlalu awal, berlebihan, dan cerah pada gadis-gadis. Jika lewat, darah adalah gelap; kadangkala, mula-mula cerah, kemudian gelap, serta sakit belakang atau nyeri pinggang hebat. Sepanjang pengeluaran susu (laktasi) serta kerangsangan seksual. Nimfomania, serta sakit-sakit, menekan, atau kelemahan dalam kawasan rahim (Plat). Selepas lama menyusu. Leukorea, seperti putih telur. Melarat waktu pagi. Kanak-kanak menolak susu dada; susu terasa masin. Prolaps dalam kalangan wanita-wanita yang lemah.

Respiratori. Mengeluh secara tidak sengaja. Sakit dada. Batuk menyesakkan nafas; lega berbaring. Keparauan. Sakit melalui paru-paru kiri bawah.

Leher dan Belakang. Sakit reumatik akibat tiupan udara, serta kekejangan dan kepala bosan kehambaran. Kesakitan dalam simfisis sacro-iliac, seolah-olah patah (Aesc hip).

Ekstremiti. Kaku kekejangan dan sakit, serta rasa sejuk, kebas, melarat dengan perubahan cuaca. Merangkak dan kedinginan. Punggung, belakang dan anggota badan semacam tertidur. Sakit-sakit dalam sendi-sendi dan tulang-tulang. Letih tidak bermaya bila naik ke tingkat atas.

Hubungan. Komplementari: Ruta; Hepar.

Modaliti. Melarat, terdedah pada kelembapan, cuaca sejuk, salji cair. Lega, dalam musim panas; suasana panas, kering.

Dos. Triturasi pertama hingga ketiga. Potensi tinggi sering lebih efektif.

  

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020