HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

CAMPHORA
Camphor

Hahnemann berkata: "Tindakan bahan ini adalah amat aneh dan menyukarkan siasatan, justeru walaupun di dalam organisma sihat namun disebabkan  tindakan primarinya, ia bersilih ganti dan bercampur dengan reaksi-reaksi vital (kesan-kesan selepas) organisma secara lebih kerap berbanding remedi-remedi lain. Oleh itu, kerap kali sukar ditentukan yang mana reaksi-reaksi vital badan dan yang mana pula kesan bersilih ganti yang disebabkan oleh tindak primari Camphor."

Menggambarkan suatu keadaan jatuh pengsan (collapse). Kedinginan sejuk seperti ais seluruh tubuh; kekuatan merudum dengan tiba-tiba; nadi kecil dan lemah. Selepas operasi, jika suhu adalah di bawah normal, tekanan darah rendah, berikan 3 dos Camph. 1x, selang tiap 15 minit. Keadaan ini ditemui dalam kes kolera, dan di sinilah Camphor telah mencapai kemsyhuran klasik. Peringkat pertama selesema, disertai rasa seram sejuk dan bersin. Subsultus dan resah gelisah ekstrim. Bunyi retak-pecah pad sendi-sendi. Konvulsi epileptiform. Camphor mempunyai satu hubungan langsung dengan otot-otot dan fascia. Ia mustahak bagi afeksi reumatik setempat dalam iklim sejuk. Distensi salur vena. Sebagai stimulan jantung dalam keadaan emergensi, penggunaan Camphor adalah paling memuaskan. Titiskan ke atas gula tebu, dos-dos diambil sekerap setiap lima minit.

Satu karakteristik remedi Camphor adalah pesakit tidak mahu dimahu diselimut, walaupun badannya sejuk kedinginan. Salah satu remedi utama bagi kejutan atau renjatan. Sakit menjadi lega ketika berfikir mengenainya. Sangat sensitif dengan sejuk dan dengan sentuhan. Kesinambungan sakit campak. Konvulsi hebat, serta berpindah-kelana dan kerangsangan histeria. Spasma tetanus. Kanak-kanak skrofula dan meragam bengkeng, terutama mudah menjangkiti orang yang lemah dan berambut perang .

Kepala. Vertigo, kecenderungan untuk tidak sedarkan diri, merasakan seolah-olah dia akan mati. Influenza; sakit kepala, beserta simptom-simptom kataral, bersin-bersin, dan sebagainya. Sakit memukul dalam serebelum. Perpeluhan sejuk. Hidung sejuk dan cengkung. Lidah sejuk, menggeleber, terketar-ketar. Sakit menyucuk sepintas lalu dalam kawasan pelipis dan orbit. Kepala rasa sakit. Sakit berdenyut-denyut dalam oksiput, serentak dengan nadi.

Mata. Tetap, merenung tajam; anak mata membeliak. Perasaan seolah-olah semua objek terlalu cerah dan berkelip-kelip.

Hidung. Tersumbat; bersin. Koriza keluar laju bila perubahan cuaca secara tiba-tiba. Sejuk dan cengkung. Epistaksis, perdarahan berterusan, khususnya bila keadaan kulit jenis bulu roma meremang.

Muka. Pucat, cengkung, cemas anziati, herot; kebiru-biruan, sejuk. Berpeluh sejuk.

Gaster. Sakit menekan dalam hulu hati. Dingin kesejukan, diikuti dengan rasa membakar.

Tinja. Keluar dengan tidak sengaja, kehitam-hitaman. Taun kolera Asia,serta krem-kejang dalam labu betis, tubuh kesejukan, tersiksa, kelemahan yang amat, jatuh pengsan, lidah dan mulut sejuk.

Urin. Membakar dan sakit kencingnya, serta tenesmus pada leher pundi kencing. Retensi serta pundi kencing penuh.

Lelaki. Keinginan bertambah. Kordi (Chordee). Priapismus. Malam-malam terpancut emisi.

Respiratori. Distres prekordial. Dispnea menyesakkan. Asma. Batuk menetak-netak, kering, hebat. Palpitasi. Nafas sejuk. Respirasi terhalang.

Tidur. Insomnia, serta anggota badan sejuk. Pergerakan subsultus dan resah gelisah ekstrim.

Ekstremiti. Sakit reumatik antara kedua bahu. Pergerakan sukar. Kekebasan, menggelenyar dan sejuk kedinginan. Bunyi merekah-retak dalam sendi-sendi. Krem-kejang dalam labu betis. Kaki sejuk seperti ais, sakit seolah-olah terseliuh.

Demam. Nadi kecil, lemah, perlahan. Seluruh tubuh sejuk bagaikan ais. Perspirasi sejuk. Seram sejuk kongestif. Lidah sejuk, menggeleber, terketar-ketar.

Kulit. sejuk, pucat, biru, lebam kebiruan. Tidak tahan diselimut (Secale).

Modaliti. Melatat, pergferakan, malam, bersentuhan, udara sejuk. Lega, panas.

Hubungan. Camphor antidot atau mengubah tindakan hampir setiap ubat-ubatan daripada herba -- tembakau, opium, ubat-ubat cacing, dan lain-lain. Laffa acutangula (seluruh tubuh sejuk seperti ais, serta resah gelisah dan anziati; dahaga membakar). Camphoric acid --(satu profilaktik terhadap demam catheter; cystitis 15 grain tiga kali sehari; juga sebagai pencegahan perpeluhan malam).

Tidak serasi: Kali nit.

Komplementari: Canth.

Antidot: Opium; Nitr sp dulc; Phos.

Bandingkan: Carbo; Cuprum; Arsenic; Veratr.

Dos. Tinktur, dalam dos titis, diulangi dengan kerap, atau menghidu Spirits of Camphor. Kegunaan dalam bentuk potensi sama-sama efektif.

 

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020