HOMŒOPATHIC MATERIA MEDICA
by William BOERICKE, M. D.
HBI Homoeopathic Consultant: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Materia Medika Homeopati

(ASAS BOERICKE)

Selected Homoeopathic Materia Medica

Disaring oleh: Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD. 2020

Kembali

COFFEA CRUDA
Unroasted Coffee

Merangsang aktiviti fungsian semua organ-organ, menambah aktiviti saraf dan vaskular. Meminum kopi oleh orang-orang tua berkemungkinan meningkatkan pengeluaran asid urik, yang menyebabkan iritasi ginjal-ginjal; sakit otot-otot dan sendi-sendi, dan dengan peningkatan kerentanan (susceptibility) pada orang tua terhadap rangsangan kopi dan teh, pengambilan bahan-bahan tersebut bolehlah dikurangkan dan diawasi. Agitasi saraf dan resah gelisah yang hebat. Kesensitifan ekstrim merupakan karakteristik remedi ini. Sakit saraf neuralgia di pelbagai bahagian; selalunya disertai kerangsangan saraf yang hebat dan tiada ketahanan terhadap kesakitan, ini menjadikan pesakit berputus asa. Aktiviti luar biasa minda dan tubuh. Kesan-kesan buruk emosi yang tetiba, kejutan luar jangka, kegembiraan, dan sebagainya. Palpitasi saraf. Coffea adalah lebih sesuai bagi individu yang tinggi, kurus kurang lemak, orang-orang jenis membongkok serta berkulit gelap, bersifat pemarah (choleric) dan optimis (sanguine). Kulit hipersensitif.

Minda. Riang kegirangan, mudah memahami, iritabiliti, teruja; deria-deria akut. Mudah terpengaruh, terutama untuk tanggapan yang menyenangkan. Penuh dengan idea-idea, cepat bertindak. Dilambung gelora penderitaan (Acon).

Kepala. Sakit rasa ketat, melarat daripada bunyi bising, bau-bauan, narkotik. Perasaan seolah-olah otak telah dikoyak hancur, seolah-olah paku ditusukkan ke dalam kepala. Melarat berada di kawasan lapang. Pendengaran sensitif.

Muka. Panas kering, serta kedua pipi merah. Sakit prosopalgia merebak ke gigi geraham, dua telinga, dahi, dan kulit kepala.

Mulut. Sakit gigi; dilegakan buat sementara waktu dengan menakung air sejuk (air batu) di dalam mulut (lawan Mangan.). Makan dan minum secara tergopoh-gapah. Rasa terlalu lembut.

Gaster. Lapar keterlaluan. Tidak tahan dengan pakaian ketat. Selepas wain dan minuman keras.

Perempuan. Haid terlalu awal dan berkekalan lama. Dismenorea, banyak darah hitam beku. Vulva dan faraj hipersensitif. Rasa gatal yang menghairahkan .

Tidur. Tidak dapat tidur; sentiasa bergerak-gerak. Tidur sehingga jam 3 pagi, selepas itu tidur sekejap-sekejap. Terbangun dengan kejutan atau rasa terkejut, tidur terganggu oleh mimpi-mimpi. Tidak dapat tidur, akibat kegiatan mental; mengalir idea-idea, beserta kerangsangan saraf. Diganggu oleh gatal pada dubur.

Respiratori. Batuk pendek, kering semasa sakit campak di kalangan kanak-kanak nervous, lemah serta rapuh.

Jantung. Palpitasi hebat, tidak regular terutama selepas terlampau gembira atau terkejut. Tekanan tinggi nadi yang cepat dan pendaman urinari.

Ekstremiti. Sakit saraf crural neuralgia; melarat, pergerakan, tengahari dan malam; lega, dengan tekanan.

Modaliti . Melarat, emosi melampau (kegembiraan), narcotik, bau-bauan kuat, bunyi bising, udara lapang, sejuk, malam. Lega, kehangatan, daripada berbaring; menakung ais dalam mulut.

Hubungan. Tidak cocok: Camph; Coccul.

Komplementari: Acon.

Bandingkan: Kopi hitam yang keras, diminum seberapa panas yang mungkin, menjadi sebagai satu antidot dalam sejumlah besar racun, khususnya narkotik. Kopi panas dimasukkan ke dalam rektum dalam kes-kes jatuh pengsan yang ekstrim.

Antidot: Nux; Tabac.

Dos. Potensi ketiga hingga dua ratus.

 

Versi/Edisi Bahasa Melayu, Malaysia dan Indonesia © Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD 2020